Halaman

31 Mac 2015

Kalau Passport Antarabangsa Hilang

Apa yang perlu anda buat kalau passport antarabangsa anda hilang di rumah atau tercicir (dalam Malaysia) setelah anda cari di merata tempat tidak berjumpa juga.Jangan panik.Bawa bertenang.

Langkah 1 :

1. Sila ke mana-mana balai polis untuk buat laporan kehilangan passport berkenaan.Maklumkan bila hilang  dan bagaimana boleh hilang.
2. Dapatkan salinan report polis - (Bayaran -RM2.00)

Langkah 2

3. Selepas selesai buat laporan polis , terus ke Pejabat Imigresen.
Sebelum anda ke Pejabat Imigresen pastikan anda membawa :

3.1 Dua salinan Kad Pengenalan
3.2 Dua salinan Sijil Kelahiran /Borang W (jika lahir di luar negara)

Sekiranya Surat Beranak@Sijil kelahiran anda hilang , sila berurusan di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.Isi borang permohonan Cabutan No Surat Beranak.(Bayaran yang dikenakan sebanyak RM5.00) 

Saya cadangkan anda berurusan di UTC (Urban Transformation Centre) kerana di situ anda boleh berurusan dengan mudah , cepat dan menjimatkan masa sebab semua agensi berkaitan berada dalam satu bumbung (Itu kelebihan UTC)

4.Maklumkan kepada Pegawai Imigresen tentang kehilangan passport anda :

5.Setelah itu anda akan diberi :

5.1  Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97) - Perlu diisi
5.2 Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C), bagi kes hilang.Setelah selesai diisi anda perlu ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani  akuan sumpah pada bahagian akhir borang tersebut .Kalau Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf kerajaan(swasta) , anda dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.

6. Setelah dokumen tadi selesai diisi , sila serahkan kepada Pegawai Imigresen bertugas.Pegawai tersebut akan memaklumkan keputusan kelulusan pembaharuan  pasport anda dalam tempoh jangka masa 3 hingga 5 hari bekerja.

Sehingga artikel ini ditulis...saya masih menunggu panggilan daripada pihak imigresen.Moralnya pastikan pasport anda dijaga dengan baik.


Klik Panduan permohonan pasport antarabangsa



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah dpt ker passport tu? passport saya pon baru jer hilang ni.. ntah ker mana hilang.

Unknown berkata...

Kena bayar lagi tak kalau passport baru tu dh siap?

Unknown berkata...

Kena bayar lagi tak kalau passport baru tu dh siap?

nazri berkata...

Dah dapat..sbab buat yg baru

nazri berkata...

Farha Fillah
bayaran macam biasa...

Unknown berkata...

Berapa lama nak dapat passport baru setelah hilang tu ?

Joehahn_28 berkata...

Untuk bahagian tujuan memohon passport baru, mesti ada tujuan baru boleh isi?

Unknown berkata...

berapq bayaran pasport hilang skrg?? please answer..😭

nabilahbella berkata...

Sis hilang passport buat laporan polis dan buat semula passport dekat mane ye...kalo imigresen di utc bole ker..

Unknown berkata...

Pesuruhanjaya sumpah ada di kawasan bersekatan jab. Imigresen ke?

Pengikut