
Seorang pegawai polis
pada mulanya telah menangkap seorang wanita kerana mencuri. Bila pegawai polis
tadi mendapat tahu dia mencuri demi sesuap nasi, dia melepaskan wanita
berkenaan. Dan polis tadi telah pergi menziarahi wanita tadi dengan membawa
bekalan makanan. Wanita tadi amat terharu kerana beliau sekeluarga tidak pernah
mendapat bekalan makanan sebanyak itu sejak dia berusia 12 tahun.
Kisah seorang ibu dan nenek berusia 47 yang terpaksa mencuri
Terbaru, pegawai polis
terbabit, William Stacy diberi penghargaan oleh Majlis Perbandaran Tarrant,
Alabama, Amerika Syarikat, manakala wanita itu, Helen Johnson semakin mendapat
perhatian selepas tidak putus-putus menerima bantuan bukan saja daripada
penduduk Amerika Syarikat, malah penduduk Australia turut menghulurkan pelbagai
sumbangan.
Pada 6 Disember 2014
lalu, Helen yang tinggal bersama dua anak, seorang anak saudara dan dua cucu
berusia 1 dan 3 tahun menyembunyikan lima biji telur dalam poketnya, tetapi
telur berkenaan pecah.
Sebaik tiba di pintu
keluar, dia ditahan oleh William dan diminta untuk menunggu namun diberitahu
pengurusan tidak akan membuat laporan ke atasnya.
Helen memberitahu
William bahawa di rumah tiada makanan dan dia tidak mampu untuk membayar harga
telur berkenaan.
Pegawai polis itu
kemudian membelikan telur dengan syarat wanita itu berjanji untuk tidak mencuri
lagi.
Klip video mereka sedang
berpelukan menjadi viral selepas itu dan William diberi penghargaan oleh Datuk
Bandar Tarrant, Loxcil Tuck yang turut memuji usaha Jabatan Polis Tarrant
menganjurkan program bantuan untuk Helen dan individu lain yang memerlukan.
Minggu lalu, William
serta beberapa pegawai polis lain membawa dua lori barang makanan untuk
diberikan kepada Helen. - Al.com
Sumber :
http://www.hmetro.com.my/node/17180
Tiada ulasan:
Catat Ulasan