Halaman

Memaparkan catatan dengan label Cerita Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Motivasi. Papar semua catatan

15 Mac 2025

Cerita Pemilik Keldai dan Anaknya


Cerita Pemilik Keldai dan Anaknya adalah sebuah kisah yang mengandungi pengajaran tentang pentingnya berpegang kepada pendirian sendiri tanpa terlalu mengikut kata orang.

Cerita ini kemungkinan besar adalah kisah rakyat yang disebarkan turun-temurun di pelbagai budaya untuk mengajarkan pelajaran tentang kebijaksanaan dalam membuat keputusan


Suatu hari, seorang lelaki tua bersama anaknya pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai. Mereka berjalan kaki sambil menuntun keldai itu. Di sepanjang perjalanan, mereka bertemu dengan sekumpulan orang yang berkata,

"Alangkah bodohnya mereka! Ada keldai, tetapi mereka berjalan kaki."

Mendengar kata-kata itu, si ayah pun menyuruh anaknya menaiki keldai sementara dia sendiri berjalan kaki. Tidak lama kemudian, mereka bertemu dengan sekumpulan orang lain yang berkata,

"Lihatlah anak itu! Dia tidak hormat kepada ayahnya. Ayahnya yang sudah tua dibiarkan berjalan kaki!"

Mendengar kata-kata itu, si anak turun, dan si ayah pula yang menaiki keldai. Tidak lama kemudian, ada pula orang yang berkata,

"Lihatlah lelaki tua itu! Dia tidak berhati perut, membiarkan anaknya berjalan kaki sedangkan dia enak menunggang keldai."

Merasa serba salah, akhirnya kedua-dua mereka menaiki keldai bersama. Namun, mereka bertemu dengan orang lain yang berkata,

"Kasihan keldai itu! Ia terlalu kecil untuk menampung dua orang sekaligus. Mereka sungguh kejam!"

Kerana tidak mahu dikritik lagi, si ayah dan anaknya turun dari keldai, lalu mengangkatnya bersama-sama untuk dibawa ke pasar. Orang ramai yang melihatnya tertawa dan berkata,

"Lihatlah dua orang bodoh ini! Sepatutnya keldai yang membawa mereka, tetapi mereka pula yang mengangkat keldai!"

Akhirnya, mereka menyedari bahawa mereka tidak dapat memuaskan hati semua orang. Lalu, mereka membiarkan sahaja keldai itu berjalan seperti biasa dan meneruskan perjalanan ke pasar tanpa menghiraukan kata-kata orang lain.


Pengajaran daripada cerita ini:

  1. Tidak semua orang akan berpuas hati dengan tindakan kita.
  2. Jangan terlalu mengikut cakap orang kerana pendapat mereka sering bercanggah.
  3. Bersikap bijak dalam membuat keputusan dan yakin dengan tindakan sendiri.
  4. Menjaga keseimbangan dalam hidup lebih penting daripada cuba menyenangkan semua orang.

Cerita ini sering digunakan untuk mengajar tentang kepentingan tidak terlalu memikirkan kritikan orang lain dan berpegang teguh pada keputusan yang bijak. 😊 

31 Jan 2025

Cerita Air Kencing Harimau

Sebuah zoo di China menjual air kencing harimau Siberia dengan harga 50 Yuan (RM30) sebotol yang mengandungi 250 gram air kencing .

Ia mencetuskan polemik dalam masyarakat apabila ada dakwaan kononnya air kencing tersebut boleh merawat penyakit reumatik atau radang kronik.

Sebenarnya tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa air kencing harimau boleh merawat penyakit radang kronik atau reumatik.

Kebanyakan kepercayaan seperti ini berasal daripada perubatan tradisional atau mitos tanpa kajian saintifik yang kukuh.

Sebaliknya, rawatan untuk penyakit radang kronik seperti rheumatoid arthritis biasanya melibatkan:


Ubat anti-radang (NSAIDs, kortikosteroid)


Terapi fisioterapi


Gaya hidup sihat (senaman ringan, pemakanan seimbang)


Ubat-ubatan moden seperti DMARDs (Disease-Modifying Anti-Rheumatic Drugs)

Menggunakan bahan yang tidak terbukti secara saintifik boleh membahayakan kesihatan.

Nasihat saya jika anda atau seseorang mengalami masalah radang kronik atau reumatik adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. 😊Macam-macam dunia.

 

29 Jan 2025

Apakah definisi bahagia sebenarnya ?

Definisi bahagia berbeza mengikut individu, budaya, dan perspektif falsafah.

Namun secara umumnya  bahagia boleh didefinisikan sebagai keadaan emosi yang positif dan memuaskan yang melibatkan rasa kesenangan, ketenangan dan kepuasan dalam kehidupan.

Definisi Bahagia Berdasarkan Perspektif Berbeza

  1. Psikologi
    • Bahagia adalah keadaan kesejahteraan mental dan emosi yang dicirikan oleh kepuasan hidup, emosi positif, dan keseimbangan emosi.
    • Martin Seligman, pakar psikologi positif, mengemukakan teori PERMA (Pleasure, Engagement, Relationships, Meaning, Achievement) sebagai asas kebahagiaan.
  2. Falsafah
    • Aristotle mentakrifkan kebahagiaan sebagai eudaimonia, iaitu kehidupan yang bermakna dan berkembang dengan baik.
    • Immanuel Kant menekankan kebahagiaan sebagai hasil daripada hidup yang bermoral dan beretika.
  3. Islam
    • Bahagia bukan sekadar keseronokan duniawi tetapi juga kedamaian rohani yang diperoleh melalui hubungan dengan Allah (S.W.T).
    • Al-Quran menyebut kebahagiaan sejati terletak pada keimanan dan ketakwaan:
      "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang." (Surah Ar-Ra'd, 13:28)
  4. Sains & Kajian
    • Kajian menunjukkan bahawa kebahagiaan berkait dengan hormon seperti dopamin, serotonin, oxytocin, dan endorfin.
    • Faktor seperti hubungan sosial, kesihatan, dan kesyukuran memberi impak besar terhadap kebahagiaan individu.

Ciri-ciri Orang Bahagia

Bersyukur dengan apa yang ada
Mempunyai hubungan sosial yang baik
Mempunyai tujuan dan makna dalam hidup
Mampu mengurus emosi dan tekanan dengan baik
Mengamalkan gaya hidup sihat

Kesimpulannya, bahagia bukan hanya mengenai kekayaan atau kejayaan material, tetapi lebih kepada kepuasan jiwa dan keseimbangan dalam kehidupan.

Apa yang membuat anda bahagia? 😊

 

8 Nov 2024

Kucing Jalanan Malaysia Juara Dunia Mengalahkan 1500 Pesaingnya.


Wow.Tahniah!

Baby, nama kucing Jalanan dari Malaysia berjaya meraih gelaran juara dunia dalam  Pertunjukan Kucing Antarabangsa di Oslo, Norway.

Nama Malaysia terus gah di persada dunia khususnya buat pemilik,peminat dan pencinta kucing seantero dunia.

Apa yang membuat Baby begitu istimewa sehingga mengalahkan 1500 ekor kucing dari seluruh dunia ?

Antara faktor yang dikenal pasti termasuklah :

1.Baby sangat jinak dan cool

Baby menunjukkan sifat jinak dan tenang sepanjang penilaian.

Ia sangat menarik perhatian para juri.

Sifat manja dan kebolehannya untuk berinteraksi dengan orang ramai menjadikan Baby seekor kucing yang unik dan tersendiri.

 

2.Persiapan dan latihan yang sistematik.

Baby  banyak diberi pendedahan dan latihan oleh tuannya sejak dari awal untuk membiasakan dirinya dengan khalayak.

Pemiliknya, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus kerap membawa Baby ke pertunjukan kucing tempatan.Ia sangat membantu memupuk sifat jinak dan manja dalam diri Baby.

 

3.Penampilan Fizikal Baby

Penampilan Baby yang mempesonakan juga antara faktor penting kemenangannya.

Bulu Baby yang cantik dan dirawat dengan baik dan rapi hasil dandanan oleh pemiliknya menjadi faktor penarik bagi juri dan penonton.

 

4.Kriteria Penilaian

Penilaian  kucing dalam pertunjukan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kejinakan, kebersihan serta interaksi yang baik dengan manusia.

Baby memenuhi semua kriteria tersebut dengan baik sekali.

 

5.Keunikan personaliti.

Meskipun Baby adalah kucing jalanan tanpa baka istimewa, keunikan personaliti dan penampilannya memenuhi piawaian pemarkahan yang sangat ketat sekali gus  menjadikannya sebagai pilihan utama di antara 1,500 kucing lain yang bersaing dalam pertandingan tersebut.

 

Kemenangan Baby bukan hanya mengharumkan nama Malaysia.

Ia adalah bukti bahawa dengan kasih sayang dan penjagaan yang rapi dan sistematik oleh pemiliknya kucing jalanan pun mampu mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.


Lagi cerita Baby di Tik Tok

 

12 Jul 2024

Siapa tu Srikhant Bolla

Semalam saya menonton sebuah filem biografi di Netflix.

Cerita tentang Srikanth Bolla.

Beliau seorang usahawan sosial dari India yang mengasaskan Bollant Industries, sebuah syarikat yang menghasilkan produk biodegradable dan mesra alam.

Dilahirkan buta pada tahun 1992 di sebuah kampung kecil di Andhra Pradesh, India.

Hidup beliau penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian termasuk diskriminasi dalam pelajaran dan sosial.

Ketika ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dia terpaksa turun naik ke mahkamah kerana pelajar buta sepertinya tidak diterima dalam sistem pendidikan di sana.

Akhirnya selepas menghadapi pelbagai rintangan Srikanth berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan menjadi pelajar buta pertama yang diterima masuk ke Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Srikanth menubuhkan Bollant Industries dengan tujuan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang kurang upaya dan menggalakkan penggunaan bahan mesra alam.

Syarikat ini telah berkembang pesat.

Sangat dikenali sebagai contoh inspirasi keberanian dan keazaman dalam mengatasi halangan hidup.

25 Feb 2023

Cerita Eksperimen tuang air

1.Semalam saya menonton vidoe pendek di twitter eksperimen menuang air dari botol bersaiz 1.5 L ke dalam sebuah besen.lelaki itu menggunakan teknik yang berbeza untuk menuang air.

2.Objektif eksperimen mengukur masa yang diambil bagi kuantiti air yang dibuang.kaedah pertama, menuang secara biasa yang dibuat oleh semua orang dengan memastikan air tersebut keluar dari botol dan terus ke dalam baldi. 

3.Masa yang dicatat ialah 15 saat.

4.Kaedah kedua ialah menggoncangkan sedikit air di dalam botol sebelum dituang.Masa yang diambil ialah 8 saat. 

5.Kemudian kaedah ketiga digunakan dengan memasukkan sebatang straw yang dilipat sedikit di bahagian hujung ke dalam botol.

6.Air yang dituang hanya mengambil masa 4 saat. Dari segi sains ia berkaitan dengan hukum fizik.Dengan membiarkan udara masuk, ia menyamakan tekanan dalam botol dengan tekanan atmosfera.Jika tidak peningkatan isipadu cecair menyebabkan tekanan luar(atmosfera) menyukarkan air untuk keluar dari botol.

7.Moralnya kita perlu melihat sesuatu perkara yang sama menggunakan teknik yang berbeza.

8.Kalau dalam perkhidmatan bagaimana kita dapat meningkatkan kecekapan dalam urusan dengan pelanggan.Sentiasa menggunakan perkataan bagaimana?(how) 

21 Jan 2023

Cerita Buah Tomato


Ramai orang tak berapa gemar dengan buah tomato.Selepas ni mungkin anda suka makan kembali tomato terutama anda yang mempunyai masalah badan berbau  kerana terdapat fakta yang anda harus tahu berkaitan khasiat buah tomato.

Ia mengandungi antiseptik yang dapat membunuh pelbagai bakteria termasuk bateria penyebab badan anda berbau. Anda juga disarankan minum jus tomato tiga kali sehari. walau bagaimanapun petua ini untuk anda yang sihat.Buat anda yang menghidapi penyakit yang menyebabkan anda alergik dengan buah tomato sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencubanya.

19 Jan 2023

Cerita BAP RM150


Golongan individu M40 antara yang teruja menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 sebanyak RM150 untuk seorang anak.Bantuan persekolahan untuk semua  kategori terutama kategori M40 memang dinantikan.Mereka melahirkan rasa gembira apabila bantuan diterima tanpa syarat kelayakan gaji minimum ibu bapa.Bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan bagi persekolahan anak untuk tahun ini.Golongan M40 juga sebenarnya lebih terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat kerana menanggung beban hutang rumah,membiayai tuisyen anak, tambang bas sekolah,bayaran pengasuh dan kos makanan harian.Itu belum dikira bilangan isi rumah yang ramai. Ada orang melihat RM150 terlalu kecil.Betul nampak kecil untuk seorang anak tetapi kalau isi rumah memiliki anak melebih 3 orang jumlah yang diterima sebanyak RM450 sudah terlalu besar bagi meringankan beban mereka untuk jangka pendek bagi membeli peralatan  dan pakaian sekolah dan lain-lain. Benarlah sumbangan yang sedikit pada kaca mata orang yang banyak wang adalah satu rahmat kepada mereka yang miskin dan memerlukan.

5 Ogo 2022

Cerita Kereta api terakhir

Cerita Kereta api terakhir.Fikir lu.

Kisah ini berlaku tujuh tahun yang lalu di sebuah hentian kereta api  Kyu- Shirataki sebuah kampung terpencil di Hokkaido Jepun.Penurunan ketara  jumlah penumpang kereta api antara laluan tersebut sejak 1986  menyebabkan kerugian besar kepada syarikat. Pemiliknya,JR Hokkaido(Japan National Railways)mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di laluan tersebut. Namun tindakan itu terpaksa ditangguhkan selama 3 tahun disebabkan Kana Harada , seorang pelajar yang berulang alik dari sekolah menggunakan perkhidmatan kereta api syarikat itu.

Inilah tanggungjawab sosial korporat syarikat yang menjaga pelanggan tetapnya serta mengenepikan keuntungan semata-mata. Mereka menunggu sehingga pelajar tersebut tamat sekolah.Bahkan yang  menariknya jadual perjalanan kereta api diselaraskan dengan jadual waktu pergi dan pulang Kana Harada dari sekolah.

Benarlah syarikat mengambil kira kepentingan pendidikan kepada rakyat Jepun.Betapa miskin pun, rakyat Jepun tidak boleh miskin Pendidikan.Inilah budaya negara maju, kemudahan dan pemikiran kelas pertama. Pendidikan adalah aset negara pada masa hadapan.Pendidikan tidak boleh dikorbankan hanya kerana mengejar keuntungan dan populariti semata-mata.Moral of the story.Fikir lu.

9 Jul 2022

Cerita Lelaki Cacat

Pagi semalam saya menumpangkan seorang lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.Rupa fizikalnya yang cacat , mungkin mengidap sejenis penyakit saraf  menyebabkan orang yang ingin membantunya berfikir sepuluh kali.


Dalam perjalanan ke masjid saya cuba berbual dengannya. Dia memberitahu sudah menjadi rutin dia berjalan kaki ke mana-mana.Sama ada ke tempat kerja dan sebagainya.Saya tergamam sejenak.Dia bercakap seperti manusia normal.Moralnya jangan melihat fizikal semata-mata sebelum kita menyelidiknya terlebih dahulu.

Dia juga bercerita tentang perjalanan berulang-alik ke tempat kerja dengan berjalan kaki disebabkan kecacatan fizikalnya tidak mampu menunggang motosikal dan lain-lain.Saya tahu perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja lebih kurang 3.5 km.Memang dia betul-betul tabah dengan ujian yang dihadapi.

Apa yang lebih mengharukan saya ,dia sanggup berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dengan jarak dari rumahnya lebih kurang 2.5 km. Teringat saya mereka yang sihat tubuh badan malas  untuk menunaikan ibadah solat Jumaat.Bahkan lebih rela berpeleseran di kompleks beli-belah, kedai makan dan sebagainya .Bagi yang bekerja makan gaji, majikan telah memberi pelepasan untuk menunaikan solat Jumaat tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Apatah lagi yang bekerja sendiri lebih rela tidur sehingga waktu Zohor habis.Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

2 Jul 2021

Cerita Burung Sewah Padang atau Tahu



Fakta

1.Burung ini tidak membuat sarangnya sendiri, sebaliknya menumpang sarang burung lain.
2.Dikategorikan burung parasit kerana membuang telur pemilik atau meninggalkan sebiji atau 2 biji telur pemilik sarang.
3.Membiarkan telurnya diram dan dijaga sepenuhnya oleh burung pemilik sarang sehingga anak burung Sewah Padang boleh terbang.
4.Sekiranya anak burung pemilik sarang menetas , anak burung Sewah Padang yang turut menetas bersama akan membunuh anak burung pemilik sarang tersebut.Kejamkan ? memang zalim.
5.Ibu Burung Sewah Padang akan membiarkan anaknya diberi makan dan dibesarkan oleh ibu tumpang.Sadiskan.
6.Ibu tumpang akan terus memberi makan sehingga anak Burung Sewah Padang pandai terbang dan mencari makanan sendiri.
7.Ibu tumpang tidak menyedari anak yang diberi makan tersebut bukan anak kandungnya sendiri.
8.Sama juga dalam resam manusia , apabila tertukar anak sejak bayi, sudah tentu sukar untuk membuat pengecaman semula kecuali menjalani ujian DNA.

Fikir lu
 

14 Jun 2020

Pemikiran Popular vs Tidak Popular

Kongsi sedikit  teori yang dikutip dari Subjek  Pengurusan Sumber Manusia 23 tahun yang lalu, masih releven untuk saya dan rakan2  yang mungkin kini  bergelar pentadbir & pengurus dlm organisasi

Pemikiran popular sukakan status quo.(tidak suka perubahan).Terikut-ikut dengan cara kerja lama dan rutin yang tidak memberi impak maksimum kepada organisasi.

Pemikiran tak popular walaupun membawa kejayaan, biasanya tidak diraikan, dihargai & selalu disalah tafsir.

Persepsi idea rutin lama dan cara lama lakukan sesuatu itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perlu diubah. 

Kita perlu percaya sentiasa ada cara yang lebih baik bagi melakukan sesuatu.

Kita perlu berhenti menganggap perkara yang masih belum pernah dilakukan itu tidak akan dapat dilakukan.

Pemikiran tidak popular perlu sekiranya organisasi ingin maju.

Justeru ,sekiranya anda ingin menjadi pemikir yang baik dalam organisasi, bersedialah untuk menjadi orang yang tidak popular.

Rumusannya sekiranya kita mahu organisasi cemerlang,kita perlu fikirkan idea dan tindakan  paling baik, efektif dan memberi impak maksimum, bukan paling popular.

It's Just A Theory.Noktah.
 

13 Jun 2020

Cerita Sekeping Mask

Semalam Jumaat,12 Jun 2020 tarikh bersejarah. Kali pertama boleh solat Jumaat.Sejak PKP dan PKPB semua masjid dan surau ditutup sebagai langkah keselamatan mengelakkan penularan wabak Covid 19.

Saya hadir pukul 12.30 tengah hari, setengah jam sebelum masuk waktu zohor. Tahniah kepada pihak pengurusan masjid kerana menguatkuasakan SOP yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri.

Malangnya sebagai manusia, kadang-kadang terlupa. Ketika melangkah ke pintu pagar masjid, pegawai yang dtugaskan mengawasi pergerakan jemaah bertanyakan topeng muka saya. Dalam hati , sudah tentu saya terlepas sembahyang jumaat hari ini.

Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kalau saya balik mengambil mask, alamatnya saya akan terlepas sembahyang jumaat hari ini. Apatah lagi had maksimum jemaah yang dibenarkan hanya 450 orang.Sudah pasti ketika kembali semula ruang sudah penuh. Saya nekad.keputusan segera perlu dibuat. Balik ambil mask atau tidak dibenarkan masuk ke masjid terus.

Ketika menuju ke kereta, seorang hamba allah yang baru parkir bertanya perihal saya yang nampak kelam kabut. Saya memaklumkan situasi sebenar. Tanpa berfikir panjang dia menghulurkan sekeping mask. "Ada extra dalm kereta saya dan masih belum digunakan, tuan ambillah'

Ketika itu perasaan saya , hanya tuhan yang tahu.Bersyukur kepada Mu, Ya Allah. Hari ini saya dapat menunaikan solat jumaat. Seorang hamba allah yang baik hati menghulurkan bantuan dengan keizinannmu ya Allah.

Teringat pesan guru saya, selalulah berbuat baik kepada orang lain, bantulah ketika orang memerlukan walaupun bantuan itu sekecil zarah. Suatu hari ketika kita ditimpa musibah dan masalah tanpa disangka ada bantuan atau pertolongan yang kita terima.Terima kasih Ya Allah.

Kepada hamba allah tersebut, saya doakan saudara sentiasa dalam rahmat Allah dunia dan akhirat.

23 Ogo 2018

Cerita Bangkai Paus Malang

Image result for whale shark manila bay

Semalam sekumpulan nelayan menemui bangkai seekor ikan paus spesis terancam terdampar di pinggir pantai.Beratnya melebihi 1.9 tan. Panjangnya pula 4.87 meter.Apa yang mengejutkan perutnya dipenuhi sisa plastik dan air kotor.

Sesuatu yang amat menyedihkan. Apakah bumi kita sudah semakin tidak selamat. Pencemaran akibat perbuatan manusia berlaku di mana-mana. Pencemaran bukan sahaja mengancam hidupan marin. Lambat laun manusia juga akan menerima kesannya. Bayangkan suatu hari kita kehilangan sumber protin utama. Kita makan ikan yang dicemari bahan kimia dan sebagainya. 

Sudah tiba masanya kita memikirkan secara serius tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi kelangsungan generasi seterusnya. Bumi ini warisan anak cucu kita. Menjaga kebersihan alam bermula dari diri kita sendiri.

16 Ogo 2018

Cerita Bersih Cekap dan Amanah

Semalam PM Malaysia Ke - 7 kembali mengingatkan semua penjawat awam tentang tiga nllai hidup penting yang perlu ada dalam diri masyarakat iaitu bersih,cekap dan amanah. Nilai ini menentukan sama ada sesebuah negara itu gagal atau berjaya. Kata Tun M, elemen bersih bermakna tiada rasuah, cekap pula bermaksud berkemahiran dan boleh melakukan sesuatu kerja manakala amanah pula membabitkan soal membina kepercayaan dan kejujuran. Nilai mulia bukan sahaja membantu mendisiplinkan diri,malah melancarkan pentadbiran sekali gus memastikan segala urusan dilakukan mengikut ketertiban dan peraturan yang ditetapkan. Ujar beliau lagi ,jika hendak kejar kekayaan sekali pun, ia perlu dilakukan secara halal.Kita perlu berdisiplin, amanah dan rajin bekerja, termasuk menolak rasuah kerana ia tidak baik dan boleh menjejaskan imej negara. Moralnya tanpa rasuah, pentadbiran negara akan berjalan lancar, negara akan maju ,aman dan makmur.


Disesuaikan dari Berita Harian, Khamis 16.8.18

14 Ogo 2018

Cerita Tandas Wanita

Lain padang, lain belalang.Begitulah kehidupan masyarakat dunia. Sebuah kampung di negara Asia Selatan menetapkan golongan wanita di kampung itu hanya akan dikahwinkan dengan lelaki yang menyediakan tandas tertutup di rumah mereka. Tujuan mereka berbuat demikian demi menjaga kebersihan kampung dan keselamatan wanita itu sendiri. Ketiadaan tandas yang sempurna menjadi isu tentang kurangnya kesedaran tentang kebersihan, mendatangkan risiko mangsa serangan seksual dan jangkitan penyakit. Moralnya tahap kebersihan juga mencerminkan kemajuan dan peradaban sesebuah negara.


12 Ogo 2018

Cerita Mekanik Larikan Pesawat

Suatu hari seorang mekanik nekad mencuri sebuah pesawat penumpang. Namun setelah hampir 90 minit menerbangkannya, pesawat bekenaan terhempas di sebuah pulau tanpa penghuni. Beliau dilaporkan terbunuh.Pengajarannya ialah beliau bukan seorang juruterbang bertauliah atau profesional, Mengambil risiko yang mengancam nyawa sendiri kerana beliau tidak memiliki kemahiran mengendalikan pesawat. 

10 Ogo 2018

Cerita Penjaga Gol Termahal Di Dunia

Hari ini Arrizabalaga menjadi penjaga gawang termahal di dunia. Perpindahan beliau ke kelab Chelsea bernilai 71.6 juta(RM375.4 Juta). Beliau memadam rekod 67juta(RM351 juta) yang dipegang pemain Brazil ,Alisson Becker. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ramai yang dilahirkan berbakat. Ramai juga bakatnya berkubur sebelum digilap. Tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak kurang juga yang mensiakan bakatnya. Berjaya di kemuncak tetapi lupa diri. Akhirnya jatuh miskin di penghujung usia.  Pengajarannya ialah bakat, minat, usaha dan disiplin yang konsisten akan melahirkan pemain berkualiti, bertaraf dunia dan berstatus jutawan. 

13 Jul 2018

Cerita Crotia ke final Puala Dunia 2018


Siapa sangka sebuah negara kecil, penduduk sekitar 4 juta orang, melakar sejarah beraksi di pentas akhir piala dunia. Pasukan yang berjaya menewaskan The Three Lions , antara gergasi bola sepak dunia, yang memiliki  EPL, tempat bintang bola sepak elit dunia berkumpul. Tiada seorang pun yang percaya. Negara kerdil seperti Crotia berjaya menempatkan diri di perlawanan akhir.  Inilah masa mereka untuk membalas dendam atas kekalahan 1-2 kepada Perancis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 1998. Sesungguhnya dalam dunia sukan  moden segalanya bukan mustahil. Yang penting bakat, perancangan dan latihan yang sistematik, bervisi, pemain, pengurus dan pentadbir sukan memiliki jati diri yang tinggi , pemain bermain untuk negara mengatasi segala-galanya menjadikan setiap sukan yang diceburi akan beroleh kemenangan berganda hingga ke peringkat dunia. 

Cerita 13 remaja terperangkap di Gua Tham Luang

Hasil carian imej untuk gua tham luang

Semalam, Selasa 10 Julai 2018 ,kumpulan terakhir daripada 12 remaja bersama seorang jurulatih mereka berjaya diselamatkan setelah lebih dua minggu terperangkap di dalam gua Tham Luang. Jutaan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, terutama pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dari hari pertama mereka ditemukan sehinggalah kesemuanya berjaya diselamatkan. Cerita tentang ketabahan dan kecekalan  remaja yang bergelut dengan ajal, berada dalam lubang gelap, terpaksa mencatu makanan yang hampir habis, menyedut oksigen yang bercampur bakteria demi survival hidup Semuanya menjadi bahan berita di semua akhbar dan media sosial dunia. Ironinya cerita mereka hampir menyamai The 33 yang terperangkap selama 69 hari dalam sebuah lombong di Chile. Cuma watak dan situasi sahaja berbeza. Namun banyak iktibar yang boleh kita pelajari. Musibah tersebut menjadikan kita lebih bersikap rasional, melupakan perbezan politik, geografi dan budaya apabila pasukan penyelamat 13 negara berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa. Kecekalan dan ketahanan mental mangsa menghadapi ujian membolehkan mereka terus hidup sehingga ditemukan pasukan penyelamat. Namun, paling penting, jangan mengambil risiko memasuki gua tanpa sebarang pengetahuan akitiviti lasak dan persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental.

Pengikut