Semalam Jumaat,12 Jun 2020 tarikh bersejarah. Kali pertama boleh solat Jumaat.Sejak PKP dan PKPB semua masjid dan surau ditutup sebagai langkah keselamatan mengelakkan penularan wabak Covid 19.
Saya hadir pukul 12.30 tengah hari, setengah jam sebelum masuk waktu zohor. Tahniah kepada pihak pengurusan masjid kerana menguatkuasakan SOP yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri.
Malangnya sebagai manusia, kadang-kadang terlupa. Ketika melangkah ke pintu pagar masjid, pegawai yang dtugaskan mengawasi pergerakan jemaah bertanyakan topeng muka saya. Dalam hati , sudah tentu saya terlepas sembahyang jumaat hari ini.
Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kalau saya balik mengambil mask, alamatnya saya akan terlepas sembahyang jumaat hari ini. Apatah lagi had maksimum jemaah yang dibenarkan hanya 450 orang.Sudah pasti ketika kembali semula ruang sudah penuh. Saya nekad.keputusan segera perlu dibuat. Balik ambil mask atau tidak dibenarkan masuk ke masjid terus.
Ketika menuju ke kereta, seorang hamba allah yang baru parkir bertanya perihal saya yang nampak kelam kabut. Saya memaklumkan situasi sebenar. Tanpa berfikir panjang dia menghulurkan sekeping mask. "Ada extra dalm kereta saya dan masih belum digunakan, tuan ambillah'
Ketika itu perasaan saya , hanya tuhan yang tahu.Bersyukur kepada Mu, Ya Allah. Hari ini saya dapat menunaikan solat jumaat. Seorang hamba allah yang baik hati menghulurkan bantuan dengan keizinannmu ya Allah.
Teringat pesan guru saya, selalulah berbuat baik kepada orang lain, bantulah ketika orang memerlukan walaupun bantuan itu sekecil zarah. Suatu hari ketika kita ditimpa musibah dan masalah tanpa disangka ada bantuan atau pertolongan yang kita terima.Terima kasih Ya Allah.
Kepada hamba allah tersebut, saya doakan saudara sentiasa dalam rahmat Allah dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan