Kongsi sedikit teori yang dikutip dari Subjek Pengurusan Sumber Manusia 23 tahun yang lalu, masih releven untuk saya dan rakan2 yang mungkin kini bergelar pentadbir & pengurus dlm organisasi
Pemikiran popular sukakan status quo.(tidak suka perubahan).Terikut-ikut dengan cara kerja lama dan rutin yang tidak memberi impak maksimum kepada organisasi.
Pemikiran tak popular walaupun membawa kejayaan, biasanya tidak diraikan, dihargai & selalu disalah tafsir.
Persepsi idea rutin lama dan cara lama lakukan sesuatu itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perlu diubah.
Kita perlu percaya sentiasa ada cara yang lebih baik bagi melakukan sesuatu.
Kita perlu berhenti menganggap perkara yang masih belum pernah dilakukan itu tidak akan dapat dilakukan.
Pemikiran tidak popular perlu sekiranya organisasi ingin maju.
Justeru ,sekiranya anda ingin menjadi pemikir yang baik dalam organisasi, bersedialah untuk menjadi orang yang tidak popular.
Rumusannya sekiranya kita mahu organisasi cemerlang,kita perlu fikirkan idea dan tindakan paling baik, efektif dan memberi impak maksimum, bukan paling popular.
It's Just A Theory.Noktah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan