Halaman

9 Jul 2022

Cerita Lelaki Cacat

Pagi semalam saya menumpangkan seorang lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.Rupa fizikalnya yang cacat , mungkin mengidap sejenis penyakit saraf  menyebabkan orang yang ingin membantunya berfikir sepuluh kali.


Dalam perjalanan ke masjid saya cuba berbual dengannya. Dia memberitahu sudah menjadi rutin dia berjalan kaki ke mana-mana.Sama ada ke tempat kerja dan sebagainya.Saya tergamam sejenak.Dia bercakap seperti manusia normal.Moralnya jangan melihat fizikal semata-mata sebelum kita menyelidiknya terlebih dahulu.

Dia juga bercerita tentang perjalanan berulang-alik ke tempat kerja dengan berjalan kaki disebabkan kecacatan fizikalnya tidak mampu menunggang motosikal dan lain-lain.Saya tahu perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja lebih kurang 3.5 km.Memang dia betul-betul tabah dengan ujian yang dihadapi.

Apa yang lebih mengharukan saya ,dia sanggup berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dengan jarak dari rumahnya lebih kurang 2.5 km. Teringat saya mereka yang sihat tubuh badan malas  untuk menunaikan ibadah solat Jumaat.Bahkan lebih rela berpeleseran di kompleks beli-belah, kedai makan dan sebagainya .Bagi yang bekerja makan gaji, majikan telah memberi pelepasan untuk menunaikan solat Jumaat tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Apatah lagi yang bekerja sendiri lebih rela tidur sehingga waktu Zohor habis.Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Tiada ulasan:

Pengikut