Wow.Tahniah!
Baby, nama kucing Jalanan dari Malaysia berjaya meraih gelaran
juara dunia dalam Pertunjukan Kucing
Antarabangsa di Oslo, Norway.
Nama Malaysia
terus gah di persada dunia khususnya buat pemilik,peminat dan pencinta kucing
seantero dunia.
Apa yang membuat
Baby begitu istimewa sehingga mengalahkan 1500 ekor kucing dari seluruh dunia ?
Antara faktor
yang dikenal pasti termasuklah :
1.Baby sangat jinak dan cool
Baby menunjukkan
sifat jinak dan tenang sepanjang penilaian.
Ia sangat menarik
perhatian para juri.
Sifat manja dan
kebolehannya untuk berinteraksi dengan orang ramai menjadikan Baby seekor
kucing yang unik dan tersendiri.
2.Persiapan dan latihan
yang sistematik.
Baby banyak diberi pendedahan dan latihan oleh tuannya
sejak dari awal untuk membiasakan dirinya dengan khalayak.
Pemiliknya,
Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus kerap membawa Baby ke pertunjukan
kucing tempatan.Ia sangat membantu memupuk sifat jinak dan manja dalam diri
Baby.
3.Penampilan Fizikal
Baby
Penampilan Baby yang
mempesonakan juga antara faktor penting kemenangannya.
Bulu Baby yang
cantik dan dirawat dengan baik dan rapi hasil dandanan oleh pemiliknya menjadi
faktor penarik bagi juri dan penonton.
4.Kriteria
Penilaian
Penilaian kucing dalam pertunjukan ini adalah berdasarkan
beberapa kriteria termasuklah kejinakan, kebersihan serta interaksi yang baik dengan
manusia.
Baby memenuhi
semua kriteria tersebut dengan baik sekali.
5.Keunikan personaliti.
Meskipun Baby
adalah kucing jalanan tanpa baka istimewa, keunikan personaliti dan
penampilannya memenuhi piawaian pemarkahan yang sangat ketat sekali gus menjadikannya sebagai pilihan utama di antara
1,500 kucing lain yang bersaing dalam pertandingan tersebut.
Kemenangan Baby bukan hanya mengharumkan nama Malaysia.
Ia adalah bukti
bahawa dengan kasih sayang dan penjagaan yang rapi dan sistematik oleh pemiliknya
kucing jalanan pun mampu mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan