Halaman

13 Jul 2018

Cerita 13 remaja terperangkap di Gua Tham Luang

Hasil carian imej untuk gua tham luang

Semalam, Selasa 10 Julai 2018 ,kumpulan terakhir daripada 12 remaja bersama seorang jurulatih mereka berjaya diselamatkan setelah lebih dua minggu terperangkap di dalam gua Tham Luang. Jutaan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, terutama pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dari hari pertama mereka ditemukan sehinggalah kesemuanya berjaya diselamatkan. Cerita tentang ketabahan dan kecekalan  remaja yang bergelut dengan ajal, berada dalam lubang gelap, terpaksa mencatu makanan yang hampir habis, menyedut oksigen yang bercampur bakteria demi survival hidup Semuanya menjadi bahan berita di semua akhbar dan media sosial dunia. Ironinya cerita mereka hampir menyamai The 33 yang terperangkap selama 69 hari dalam sebuah lombong di Chile. Cuma watak dan situasi sahaja berbeza. Namun banyak iktibar yang boleh kita pelajari. Musibah tersebut menjadikan kita lebih bersikap rasional, melupakan perbezan politik, geografi dan budaya apabila pasukan penyelamat 13 negara berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa. Kecekalan dan ketahanan mental mangsa menghadapi ujian membolehkan mereka terus hidup sehingga ditemukan pasukan penyelamat. Namun, paling penting, jangan mengambil risiko memasuki gua tanpa sebarang pengetahuan akitiviti lasak dan persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental.

Tiada ulasan:

Pengikut