Halaman

Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

21 Dis 2022

A tale told by an idiot, full of sound and fury, signifying nothing

Maksud; 

"Kisah yang diceritakan oleh orang bodoh, penuh dengan suara dan kemarahan, tidak bermakna apa-apa"

9 Jan 2019

Ketika anda dalam kesulitan, anda akan tahu apa maksud kehidupan.


Anda mempunyai ramai kawan tetapi berapa ramai kawan anda yang benar-benar akan membantu anda ketika ditimpa kesulitan atau kesusahan.
Anda seorang yang berkuasa. Ketika anda berada di puncak ramai kenalan dan rakan yang mengaku anda sebagai teman baik atau rakan mereka. Mereka mengerumuni anda ibarat semut menghurungi gula. Ketika anda kehilangan kuasa, dihimpit segala fitnah dan tuduhan berapa ramai rakan anda yang berada di sisi. Memberi kata-kata semangat dan sebagainya. Boleh dibilang dengan jari atau mereka melarikan diri dari anda.Membiarkan anda keseorangan, menangani masalah bersendirian.
Adakah situasi itu menyebabkan anda putus asa. Tidak. Dunia ini masih belum berakhir. Sinar itu masih ada. Anda tidak harus membiarkan diri anda terperangkap dengan masalah yang dihadapi. Di saat anda memikul beban yang amat berat, ketika anda berfikir tiada orang yang dapat membantu, sebenarnya masih ada harapan untuk kita. Inilah masanya, kembali kepada Maha Pencipta. Tuhan yang maha esa. kepadaNYa lah tempat kita mengadu dan berserah. Kembalilah kepada fitrah kejadian manusia. Menyerahkan diri kepada Allah ketika ditimpa musibah dan kecelakaan.Itulah jalan terbaik.
Bagaimana ?
1.Sekiranya sebelum ini kita lalai dan apla dengan kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Sekurang-kurangnya kita menjadi orang yang bersyukur. Masih punya harga diri.
2.Bangkit kembali menjadi diri sendiri. Bukan seorang yang mudah dibeli.. Menjadi manusia yang lebih tabah dalam menghadapi ujian. Anggaplah ini asam garam dalam kehidupan selagi kita bernama manusia.
3.Percaya kepada diri sendiri.Dengan adanya tekanan , baru kita akan berasa lebih bermotivasi dan tahu apa kelebihan yang kita miliki.
4.Kembali berdisiplin, rancang hidup dengan lebih teratur, kita akan bangkit dari kegagalan. Kejayaan pasti datang akhirnya.

Ingatlah waktu yang berlalu tidak akan kembali, jadi hargailah setiap saat yang ada. Saling menghormati, berbakti kepada orang tua dan saling berbagi atau bersedekah ketika kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ingat.dalam rezeki kita ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

5 Nov 2018

Tun M Terima ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers”

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir akan menerima ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” darjah  kebesaran tertinggi Maharaja Jepun sempena lawatan kerja beliau selama 3 hari bermula (Isnin)5 November 2018. Tun Mahathir menerima darjah kebesaran tertinggi ini kerana sumbangan besar beliau atas pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri menjadi orang ketiga yang menerima anugerah tertinggi Maharaja Jepun tersebut selepas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh. Tahniah Tun. 

4 Nov 2017

Peribahasa Cina

Orang-orang yang hebat mencari sesuatu (potensi) di dalam dirinya sendiri. Sementara orang yang lemah mencari sesuatu (potensi) pada diri orang lain. ~ Confucius, Peribahasa Cina ~

Setiap benda ada gunanya, betapapun rendahnya, setiap hal punya tempatnya di alam ini. – Pepatah Cina

28 Sep 2017

Teamwork

Image result for teamworkKepada anda yang bekerja dengan orang lain atau organisasi, keupayaan menjadi rakan sepasukan yang efektif dan efisien adalah sesuatu yang tidak ternilai. Mereka yang tidak ada semangat kerja berpasukan akhirnya gagal menyerlah. Nasihat Henry Ford, cari penyelesaian bukan mencari kesalahan. Semua orang mahu menang, tetapi semangat kerja berpasukan adalah sebahagian daripada permainan.Mampukah kita menggunakan pemikiran luar kotak, pada masa yang sama terus berada dalam persekitaran kerja berpasukan.

24 Mei 2014

Bagaimana untuk berfikir di luar kotak


Image result for think out of the box

Saya suka topik fikir di luar kotak ini. Semalam kita katakan ia penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir di luar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?
·         Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
·         Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
·         Bagaimana hendak mengurangkan kos?
·         Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
·         Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda.Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.
Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!
Sumber : Irfan Khairi.com


11 Ogo 2011

25 Nasihat Luqman Nul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

24 Mac 2011

Jangan bersedih - La Tahzan

Sekadar renungan ,agar kita tidak lupa diri.Sewaktu kita di puncak , jangan lupa waktu kita di bawah.

27 Nov 2010

Siapa Anda ?

Soalan yang cukup simple.Tapi mendalam sebenarnya.Kalau jawapan anda 'Saya seorang ahli perniagaan' anda hanya menjawab dalam konsep yang sempit dan terbatas.Jawapan sementara kita hidup dan suatu hari kita bakal meninggalkannya.Siapa anda ? Siapa Saya ? Siapa Kita ?...Kita sebenarnya makhluk (Khalifah) Allah yang diberi nyawa untuk bernafas sementara di muka bumi  ini.Suatu hari kita akan pulang ke negeri akhirat..sesaat,seminit,sejam,sehari,dua minggu ,sebulan ,setahun...hanya Allah yang tahu.Kalau kita dah tahu siapa kita..sudah tentu kita tidak akan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah...merompak,membunuh,berbuat maksiat,perasuah...pengkhianat kepada agama ,bangsa dan negara...


6 Okt 2010

7 Perkara Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
 
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
 
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper(politik etc), baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
 
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
 
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
 
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah
 
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
 
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup. 





Sumber :


iluvislam

5 Ogo 2010

Nasihat Lukman Al Hakim Kepada Anaknya

1. Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah s.w.t.

2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah s.w.t. Orang yang sedar dan insaf setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah s.w.t. juga.

3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah s.w.t., maka dia tawaduk kepada Allah s.w.t., dia akan lebih dekat kepada Allah s.w.t. dan selalu menghindarkan maksiat kepada Allah s.w.t.

4. Hai anakku, sekiranya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

5. Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan kamu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada Allah s.w.t. tentang sesuatu yang menyebabkan kamu tidak menderhakai Allah s.w.t. Takutlah kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takut (takwa) tentulah engkau akan terlepas daripada sifat berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal yang tidak benar.

8. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

9. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat.

10. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka apabila tidak ada orang yang cerdik sebagai utusan, sebaiknya dirimulah sahaja yang layak menjadi utusan.

11. Jauhilah sifat dusta kerana dusta itu mudah dilakukan. Bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu memberikan akibat yang merbahaya.


12. Hai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati dan majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab itu akan mengingatkanmu tentang akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya akan mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

13. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baik diberikan kepada anjing sahaja.

14. Hai anakku, janganlah engkau menelan langsung sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya

15. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang bertakwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat daripada mereka.

16. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya. Hal ini tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

17. Hai anakku, jika kamu ingin mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam keadaan kemarahan masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambilnya sebagai kawan. Bila tidak sedemikian, maka berhati-hatilah.

18. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya orang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga.

19. Hai anakku, bila berteman, letakkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.

20. Jadikanlah dirimu dalam setiap tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

21. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu sentiasa disusahkan oleh dunia sahaja kerana engkau diciptakan oleh Allah s.w.t. bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

22. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang kasar, busuk serta kotor, kerana engkau lebih selamat jika berdiam diri. Kalau berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

23. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

24. Barang siapa yang penyayang pasti akan disayangi, sesiapa yang pendiam pasti akan selamat daripada kata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor pasti akan menyesal.

25. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah daripada mutiara katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami hujan.

26. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain. Sebaliknya, janganlah peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya engkau makan dan pakai adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang yang bersikap talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

4 Ogo 2010

Renungan Buat Diri


Allah Taala berfirman (dalam hadis qudsi):

"Wahai sekalian manusia, Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih ketawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih cenderung bersenang-lenang.

"Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang menyucikan diri dengan air, sedangkan hatinya (dibiarkan) tidak bersih."

"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa 



Allah sentiasa memerhatikan tingkah-lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri,


 kubur itu dihuni seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia; tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Ku."

(Al-Mawa'izh fi Al-Ahadith Al-Qudsiyyah, Imam Al-Ghazali)


Pengikut