Saya suka topik fikir di luar kotak ini. Semalam kita katakan ia penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?
Berfikir di luar kotak
perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada
sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.
Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak
bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?
·
Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
·
Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
·
Bagaimana hendak mengurangkan kos?
·
Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan
kos?
·
Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup
anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri
anda.Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi
hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.
Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan
berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!
Sumber : Irfan Khairi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan