BACA: Kisah Seorang ‘Apek’ Bernama Uncle Lim
APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.
Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah
Lim Siong Guan.
Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu
yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore
Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu –
Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah
berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.
Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New
York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura,
Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya,
cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada
di mana-mana negara yang beliau singgah.
Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau
menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di
rumah.
Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ”
Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan
tugas dengan lebih baik? ”
Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?
Bertuahler kalau ada… – Webberita | Terkini via MyNewsHub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan