Halaman

19 Jul 2024

Adakah blog masih relevan pada tahun 2024

Blog masih relevan pada tahun 2024  walaupun terdapat banyak platform media sosial yang bersaing seperti Tik Tok ,Instagram dan lain-lain.

Berikut adalah beberapa sebab yang menyokong peranan blog:

1. Membina hubungan dengan audien

Melalui medium blog, penulis dapat membina hubungan yang lebih mendalam dengan audien mereka.

Dengan kandungan yang relevan dan berkualiti, blogger dapat menarik perhatian pembaca dan meningkatkan interaksi seterusnya meningkatkan jualan dan prospek perniagaan.

Blog menyediakan platform untuk berinteraksi dengan audiens, menjawab soalan dan menerima maklum balas langsung melalui komen.

 2.Maklumat yang mudah diakses

Enjin carian seperti Google masih mengindeks blog  yang menjadikannya mudah ditemui oleh orang yang mencari maklumat tertentu.

 3. Sumber Pendapatan

Blogger masih boleh menghasilkan wang melalui pelbagai cara seperti pemasaran gabungan, kandungan tajaan dan iklan.

Walaupun terdapat cabaran dalam persaingan dan perubahan algoritma enjin carian, blogger yang mampu menghasilkan kandungan bernilai tetap mempunyai peluang untuk mendapatkan pendapatan yang menjanjikan.

Kandungan dalam blog mempunyai jangka masa panjang dan boleh terus memberikan nilai serta menarik trafik bertahun-tahun selepas diterbitkan.

4. SEO dan Kebolehcapaian

Google masih menjadi enjin carian utama, dan blogger boleh memanfaatkan SEO untuk meningkatkan kebolehcapaian kandungan mereka.

Dengan memahami prinsip SEO, blogger boleh memastikan bahawa kandungan mereka muncul dalam hasil carian Google untuk mendapatkan trafik organik yang baik.

 

5. Peluang untuk perbincangan topik khusus

Blogger boleh memberi tumpuan kepada topik yang kurang dibincangkan oleh media utama(Main stream), memberikan perspektif unik yang boleh menarik pembaca.

Ini memberikan peluang untuk membina khalayak yang setia dalam niche tertentu.

6. Peluang untuk Belajar dan Berkembang

Blogger didorong untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran menulis serta reka bentuk. Ini membantu mereka untuk kekal relevan dan bersaing dalam pasaran yang sentiasa berkembang.

Secara keseluruhan, walaupun terdapat cabaran, blogging masih merupakan platform yang berkesan untuk berkongsi maklumat, membina hubungan, dan menghasilkan pendapatan pada tahun 2024. 

1 ulasan:

Godi berkata...

Tiada la tu. Dha x releven dha. Aku cari topik ne pun nak cari pendapat sebelum meninggalkan dunia blogging. U bayangkan dari view 1k perhari. Sekarang kadang dapat 0. Ada pun dibawah 50 perhari. Semua manusia zaman sekarang dha malas nak baca dha. Semua pergi ke tiktok. Bangsat la tiktok ne

Pengikut