Halaman

9 Jan 2019

Ketika anda dalam kesulitan, anda akan tahu apa maksud kehidupan.


Anda mempunyai ramai kawan tetapi berapa ramai kawan anda yang benar-benar akan membantu anda ketika ditimpa kesulitan atau kesusahan.
Anda seorang yang berkuasa. Ketika anda berada di puncak ramai kenalan dan rakan yang mengaku anda sebagai teman baik atau rakan mereka. Mereka mengerumuni anda ibarat semut menghurungi gula. Ketika anda kehilangan kuasa, dihimpit segala fitnah dan tuduhan berapa ramai rakan anda yang berada di sisi. Memberi kata-kata semangat dan sebagainya. Boleh dibilang dengan jari atau mereka melarikan diri dari anda.Membiarkan anda keseorangan, menangani masalah bersendirian.
Adakah situasi itu menyebabkan anda putus asa. Tidak. Dunia ini masih belum berakhir. Sinar itu masih ada. Anda tidak harus membiarkan diri anda terperangkap dengan masalah yang dihadapi. Di saat anda memikul beban yang amat berat, ketika anda berfikir tiada orang yang dapat membantu, sebenarnya masih ada harapan untuk kita. Inilah masanya, kembali kepada Maha Pencipta. Tuhan yang maha esa. kepadaNYa lah tempat kita mengadu dan berserah. Kembalilah kepada fitrah kejadian manusia. Menyerahkan diri kepada Allah ketika ditimpa musibah dan kecelakaan.Itulah jalan terbaik.
Bagaimana ?
1.Sekiranya sebelum ini kita lalai dan apla dengan kesenangan dan kemewahan yang dikecapi, inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Sekurang-kurangnya kita menjadi orang yang bersyukur. Masih punya harga diri.
2.Bangkit kembali menjadi diri sendiri. Bukan seorang yang mudah dibeli.. Menjadi manusia yang lebih tabah dalam menghadapi ujian. Anggaplah ini asam garam dalam kehidupan selagi kita bernama manusia.
3.Percaya kepada diri sendiri.Dengan adanya tekanan , baru kita akan berasa lebih bermotivasi dan tahu apa kelebihan yang kita miliki.
4.Kembali berdisiplin, rancang hidup dengan lebih teratur, kita akan bangkit dari kegagalan. Kejayaan pasti datang akhirnya.

Ingatlah waktu yang berlalu tidak akan kembali, jadi hargailah setiap saat yang ada. Saling menghormati, berbakti kepada orang tua dan saling berbagi atau bersedekah ketika kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ingat.dalam rezeki kita ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Tiada ulasan:

Pengikut