Semalam saya beli sebuah motosikal EX5 Dream Second hand daripada seorang rakan. Harga dalam 3K. Sudah tentu saya perlu tukar nama pemilik lama kepada nama saya. Susah ke ? Mahal ke caj yang dikenakan ?. Saya cuba survey kalau guna ejen atau agensi berkaitan insurans caj dikenakan sebanyak RM80. Caj berbeza bergantung kepada lokasi tempat tinggal anda dan jumlah agensi insuran yang ada di tempat anda(semakin banyak agensi semakin murah caj yang dikenakan sebab banyak persaingan). kalau anda banyak duit dan malas nak berurusan sendiri di JPJ serah kepada agensi Insuran berkenaan untuk urusan tukar milik kenderaan anda di JPJ.
Tip ini untuk anda yang ingin berjimat dan berusaha lebih sedikit(Kalau tak dpecahkan ruyung manakan dapat sagunya) :
1.Selesaikan urusan jual beli motosikal dengan pemilik lama.Ringkasnya bayar dulu harga motosikal yang anda beli. Bergantung kepada toleransi anda dengan pemilik motosikal lama. Ada pemilik lama menerima bayaran setelah urusan tukar nama diselesaikan terlebih dahulu.
2.Selepas itu anda dan pemilik lama ke agensi insuran untuk urusan memperbaharui insuran baru motosikal atas nama anda(pemilik baru). Insurans komprehensif atau Third Party bergantung kepada bajet@prinsip awareness anda.
3.Anda dan pemilik lama terus ke JPJ untuk urusan tukar nama pemilik. Isi BORANG PENYATA PERTUKARAN MILIKAN KENDERAAN MOTOR
SECARA SUKARELA OLEH PEMUNYA BERDAFTAR( JPJK3 ).
4.Setelah pemilik lama dan pemilik baru selesai isi, sila ke kaunter urusan tukar nama pemilik kenderaan. Sediakan Kad pengenalan anda dan pemilik lama. Ibu jari kanan anda dan pemilik lama akan diletakkan pada mesin pengimbas. Selesai. Geran baru motosikal atas nama anda sebagai pemilik baru akan dikeluarkan. Anda hanya dicaj RM3 untuk urusan tukar nama dan road tax 1 tahun berjumlah RM2.
5.Selesai urusan tukar nama pemilik dan motosikal sudah sah menjadi milik anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan