Halaman

19 Jan 2023

Cerita BAP RM150


Golongan individu M40 antara yang teruja menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 sebanyak RM150 untuk seorang anak.Bantuan persekolahan untuk semua  kategori terutama kategori M40 memang dinantikan.Mereka melahirkan rasa gembira apabila bantuan diterima tanpa syarat kelayakan gaji minimum ibu bapa.Bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan bagi persekolahan anak untuk tahun ini.Golongan M40 juga sebenarnya lebih terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat kerana menanggung beban hutang rumah,membiayai tuisyen anak, tambang bas sekolah,bayaran pengasuh dan kos makanan harian.Itu belum dikira bilangan isi rumah yang ramai. Ada orang melihat RM150 terlalu kecil.Betul nampak kecil untuk seorang anak tetapi kalau isi rumah memiliki anak melebih 3 orang jumlah yang diterima sebanyak RM450 sudah terlalu besar bagi meringankan beban mereka untuk jangka pendek bagi membeli peralatan  dan pakaian sekolah dan lain-lain. Benarlah sumbangan yang sedikit pada kaca mata orang yang banyak wang adalah satu rahmat kepada mereka yang miskin dan memerlukan.

Tiada ulasan:

Pengikut