Semalam saya menonton sebuah filem biografi di Netflix.
Cerita tentang Srikanth Bolla.
Beliau seorang
usahawan sosial dari India yang mengasaskan Bollant Industries, sebuah syarikat
yang menghasilkan produk biodegradable dan mesra alam.
Dilahirkan buta pada
tahun 1992 di sebuah kampung kecil di Andhra Pradesh, India.
Hidup beliau
penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian termasuk diskriminasi dalam pelajaran
dan sosial.
Ketika ingin
melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dia terpaksa turun naik ke mahkamah
kerana pelajar buta sepertinya tidak diterima dalam sistem pendidikan di sana.
Akhirnya selepas
menghadapi pelbagai rintangan Srikanth berjaya menamatkan pengajiannya dengan
cemerlang dan menjadi pelajar buta pertama yang diterima masuk ke Massachusetts
Institute of Technology (MIT).
Srikanth menubuhkan Bollant Industries dengan tujuan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang kurang upaya dan menggalakkan penggunaan bahan mesra alam.
Syarikat ini telah berkembang pesat.
Sangat dikenali sebagai contoh inspirasi keberanian dan
keazaman dalam mengatasi halangan hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan