Halaman

24 Okt 2016

Cerita Ucapan Konbanwa

Image result for free image of konbanwa


Suatu malam di musim luruh saya dan rombongan dijemput ke suatu majlis sempena meraikan kedatangan kami.Mereka menyambut kami dengan mesra. Budaya meraikan tetamu yang cukup menebal dalam bangsa mereka.Seusai majlis, rombongan kami meminta izin untuk pulang,Saya mengucapkan 'Good evening' kepada En Masahiko Onami, Presiden Youerin Group yang meraikan kami pada malam itu. Dengan wajah yang sopan Encik Masahiko membalas 'Konbanwa' yang membawa maksud 'Selamat Malam'.Saya terkedu.Encik Masahiko  berbisik "Saya faham maksud anda.Tapi biarlah saya mengucapkan perkataan Selamat Malam dalam bahasa saya".Sekali lagi saya rasa terkesima.Betapa tingginya nilai jati diri lelaki Jepun ini. Tetap mengagungkan bahasa bangsanya yang berjaya menakluk dunia dengan pelbagai jenama perkakas elektronik dan kenderaan yang melata di seluruh dunia. Mereka juga telah lama mencipta robot sebesar lalat.

Tiada ulasan:

Pengikut