Halaman

7 Ogo 2009

Jutawan Irfan Khairi

Sesiapa sahaja boleh jadi jutawan''








BEKERJA dari rumah dan memperoleh pendapatan RM1 juta! Bunyinya mungkin pelik tetapi itu yang telah dibuktikan oleh anak muda bernama Irfan Khairi, 28.Lebih membanggakan, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom (UK) ini mula memegang status jutawan muda sejak tiga tahun lalu.Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membina keyakinan diri menerusi bidang pekerjaan yang diceburi, Irfan anak kelahiran Perak tetapi dibesarkan di Selangor dan kini menetap di Seremban, telah mampu memiliki apa sahaja yang diingini.Kejayaan yang dimilikinya itu, walaupun nampak mudah, namun menurut bapa kepada dua anak ini, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan terancang.

``Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'' katanya kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar RASHID MAHFOF ketika ditemui di Kelana Jaya baru-baru ini.Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu.

``Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan apa yang disukai. Dan ini yang saya lakukan untuk diri saya,'' katanya.Menarik tentang Irfan ialah beliau juga bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK, dinamakan Learning Grid.Pernah mengikuti kursus Ekonomi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Irfan mengakui ketiadaan minat menyebabkan beliau beralih arah ke bidang multimedia.Berbekalkan semangat, kreativiti dan komputer ribanya, anak muda pemalu dan suka merendah diri ini akhirnya menemui impian yang dicari-cari - duduk sebaris dengan tokoh jutawan Internet yang lain.Dengan kepakaran yang ada, Irfan kini mendedahkan segala rahsianya menerusi buku bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar yang ditulis sendiri, selain sibuk menganjurkan seminar-seminar tentang kejayaannya.




Sumber :
Hasil dari petikan temuramah Dr. Irfan Khairi,
Usahawan Internet Malaysia

Tiada ulasan:

Pengikut