Halaman

26 Ogo 2009

Tips Beli Kereta

Masa
mula-mula kerja..perkara yang terlintas dalam kepala otak kita..ialah membeli sebuah kereta. Kenapa kereta ?...Mesti hampa jawab senang bawa awek..atau pak we..(ni jawapan org yg mindanya tak sihat)..Jadi kenapa nak beli kereta...jawapannya..senang bro...
memudahkan pergerakan kita ke tempat kerja dan tempat-tempat lain(melaram...bagi orang yang suka buang masa)..tak kiralah anda nak beli kereta baru, terpakai,murah , sederhana,mahal , Made In Malaysia atau Import..yang penting ada perkara yang perlu difikirkan sebelum anda beli kereta...Ingat beli kereta bukan suatu perkara yang murah.Jadi sebelum anda beli..pastikan anda mampu menyelenggaranya(Spare part mudah, bengkel senang terima keta kita dll) Ringkas cerita ..ni aku nak kongsi sedikit tips yang boleh digunakan sebelum anda beli kereta.
  • Merisik dulu kereta yang boleh diharapkan(Cari di internet,majalah dll byk info jenis keta )
  • Dapatkan nasihat daripada ibu bapa , ahli keluarga atau rakan-rakan
Contoh : Abu : "Din ...aku tak tau nak pilih mana satu keta ni...pada pendapat kau..aku patut pilih kete kura atau kete labi ?" Din : " Kau ni....apasal nak beli kete tu..kan dua2nya lembab..lebih baik kau beli kete kuda...lari kencang "
  • Kalau nak beli kereta terpakai...Ajak mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta tersebut terlebih dahulu.
  • Periksa perbelanjaan pendapatan bulanan anda terlebih dahulu :
  1. Berapa bayaran bulanan kereta tersebut.(Tak guna kau beli keta mahal kalau tgah bulan kau terpaksa ikat perut...keh2)
  2. Kos petrol...(Ukur baju di badan sendiri..jangan cari bala)
  3. Tol
  4. Caj meletak kereta.(Kau tau kenapa orang Jepun pegi keje naik bas..subway train Parking kereta persendirian lebih kurang RM 700.00 duit Malaysia satu bulan wooo..)
  5. Cukai jalan(kalau cc kete kau besar lg mahal la road tax kau..)
  6. Insurans = cc kete...keh2
  7. Penyelenggaraan keta(tukar minyak plincir dll)
  8. Perbelanjaan masa Kecemasan(kemalangan...Kete buat hal tiba2...engin tk nak hidup..dll)
  • Kalau buat loan..lihat dulu pakej yang ditawarkan..sesuaikan dengan kemampuan anda bayar balik
  • Langkah terbaik...beli kereta secara tunai...tapi tak semua orang boleh buat..Jadi kau simpan la dulu sikit2...( tapi kalau dah tak sabar..nak pakai kete..ikut suka kau la)untuk bayaran pendahuluan dan memohon jumlah pinjaman yang lebih kecil.
  • Jangan sesekali guna kad kredit.untuk bayaran pendahuluan..sebab kau telah menggandakan pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi(Interest kad kredit + loan)..banyak tu ...
  • Cuba bayar perbelanjaan petrol ,cukai jalan , insurans dan penyelenggaraan kereta dengan tunai...bukannya kad kredit.
  • Elakkan mengubah kereta anda dengan sistem bunyi , tayar lebih mahal atau aksesori tambahan kerana semua tu tidak menambah nilai kereta anda(Kalau tak caye ..kau tanya la orang bank )
Jadi..pandai-pandai la kita buat keputusan..pilihan dalam fikiran anda..
Sumber : AKPK

2 ulasan:

budiawanhutasoit berkata...

ada perbedaan kata yang cukup berarti dengan di Indonesia.
kalau di Indonesia, maka arti kereta adalah kereta api (train).
kalau yang dimaksudkan adalah car, maka di indonesia kita menyebutnya dengan mobil..
very interesting..

nazran berkata...

Thanks atas info anda...Inilah keunikan bahasa ...apapun perbezaannya kita adalah dari rumpun yang sama...

Pengikut