Topik aku hari tentang seorang amah yang bernafsu gila.
Entah apa dah nak jadi dengan dunia hari ini..
semuanya tunggang terbalik...lelaki nak jadi perempuan (mak nyah) ...
perempuan nak jadi lelaki(tomboy..dll)..lelaki bernafsu buas tu berita yang biasa kita dengar tapi yang ni unik lain dari biasa dan sememangnya luar biasa ...berita ni aku petik dari Kosmo online .Kejadian ni berlaku di FORSTER - Tujuh budak lelaki di sebuah sekolah swasta paling eksklusif di New South Wales, Australia mendakwa dirogol oleh seorang amah di asrama, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa memberitahu polis, kejadian itu berlaku antara Februari hingga Jun lalu di kawasan sekolah namun identiti suspek berusia 40 tahun dan nama sekolah dirahsiakan bagi melindungi mereka.
GAMBAR menunjukkan wajah seorang amah yang didakwa merogol tujuh budak lelaki.
Wanita itu mula ditahan pada Ogos lalu ekoran menyerang seorang budak lelaki tetapi kemudian didakwa memperkosa enam lagi pelajar selepas polis melakukan siasatan lanjut.
Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini, 308 kilometer dari Sydney pada minggu lalu untuk didakwa melakukan serangan seksual dengan pelajar terbabit.
Pendedahan kes itu mengejutkan sekolah elit itu yang banyak mengeluarkan ramai tokoh politik tempatan, ahli sukan ternama dan individu berpengaruh Australia serta di peringkat antarabangsa.
Suspek itu berkhidmat umpama seorang ibu yang penyayang.
Dia bertugas mengemas katil dan uniform sekolah malah menetap di sebuah flat dekat asrama pelajar tersebut.
Namun dia menyerah diri kepada pihak polis selepas dibuang kerja berikutan kes itu.
Wanita itu kini dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri kepada polis tiga kali seminggu. - Agensi
sumber : Kosmo.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan