Berikut adalah antara laman-laman web games yang popular. Walaupun kini AOL Games sudah bergabung dengan Pogo.com, tetapi keduanya masih memiliki laman web masing-masing.Kepada peminat games anda boleh klik link di bawah.
1. AOL Games
2. MSN Games
3. Pog.com
4. Yahoo Games
5. OneMoreLevel.com
"A new addictive flash game every weekday, or your money back" itulah slogan bagi laman web ini. Permainan-permainannya berbeza berdasarkan kategori seperti Action, Classics, Puzzle dan lain-lain. Salah satu permainan adalah Sushi Go Round, dimana anda harus menyajikan pesanan sushi dari pelanggan di sebuah bar sushi.
6. ShockwaveShockwave.com memiliki koleksi games berasaskan web yang percuma dan dapat didownload. Sebahagian daripada games tersebut merupakan versi web dari game desktop yang popular. Anda mungkin dapat mencubanya seperti Bounce Out.
7. Every Video GameDi sini anda boleh bernostalgia dengan memainkan ratusan game klasik dari Nintendo (NES), Sega dan Gameboy, dan memainkan semuanya dari browser anda dengan Java 1.5. Walaupun kualiti gambar dan suaranya tidak terlalu baik dan anda tidak akan menemukan judul-judul besar seperti Legend of Zelda atau Mario Brothers, tetapi masih banyak judul lainnya yang cukup menarik perhatian seperti Double Dragon, Ultima Exodus dan Wizards and Warriors.
8. 1980-games.comWeb games ini juga menawarkan game-game klasik dari NES dan arcade. Anda boleh bermain Donkey Kong, Galaga dan Ms. Pacman. Kualiti emulator dan suaranya lebih baik daripada Every Video Game. Jumlah koleksinya tidak sebanyak Every Video Games, tetapi web ini memiliki banyak link ke web-web game lainnya. Jangan lupa untuk menandakan extension /us di alamatnya, kerana jika tidak maka anda akan mendapatkan web ini dalam bahasa Perancis.
9. Runescape
Jika World of Warcraft terlalu mahal untuk anda maka cubalah Runescape, sebuah multiplayer online RPG percuma yang menarik. Dengan kos penyertaan US$5 sebulan, anda akan mendapat akses ke kandungan yang lebih banyak, tapi versi percumanya saja sudah lebih dari cukup dan telah menarik 10 juta pendaftaran. Disini anda boleh melakukan banyak perkara bermula dari memasak sehinggalah kepada membuat senjata dan pertarungan.
10. Planarity
Anda tidak perlu menjadi seorang genius dalam matematik untuk bermain puzzle game ini. Planarity kelihatan sangat mudah untuk dimainkan ketika anda bermula dengan 6 titik. Tetapi apabila level permainan mula meningkat, anda mungkin akan menghabiskan waktu yang lebih lama untuk menyelesaikan setiap puzzlenya.
11. Brettspielwelt
Brettspielwelt adalah perkataan Jerman yang bermaksud "Board Game World". Di sini tidak ada Monopoly atau Clue, koleksi gamenya tidak terlalu komersil dan lebih kontempori. Anda boleh menemui judul-judul popular seperti Carcassonne, Backgammon dan Go. Gamenya akan berjalan lebih lancar jika anda download dan install Java. Pada tutorialnya anda dapat menemui cara untuk mengubah bahasa kepada English.
12. ISketch
Sebuah game di mana sekelompok pemain harus meneka kata atau kalimat yang digambarkan oleh salah seorang pemain yang lain. Game ini secara simbolik memberikan tugas menggambar dan anda akan tahu jika giliran anda tiba ketika muncul suatu alat menggambar berserta kata atau kalimat yang harus anda gambarkan. Anda akan mendapatkan point jika berhasil meneka gambar yang sedang digambarkan oleh pemain lain dan ketika orang lain berhasil meneka gambar anda. Setiap game dilakukan dalam sebuah ruangan masing-masing yang boleh memuatkan 10 pemain. Ada ruangan untuk pelbagai bahasa dan topik seperti filem atau lagu.
13. GameTap
Ini bukanlah sebuah web untuk game online, melainkan web ini untuk mendownload game-game besar PC lama, yang dulunya harus anda beli dalam CD atau DVD jika anda ingin memainkannya seperti BloodRayne, Bust-a-Move, Myst atau Root Beer Tapper. Untuk menggunakan web ini anda harus mendaftar terlebih dahulu dan mendownload sebuah aplikasi player yang membantu GameTap menjaga hak legal dari tajuk game yang bersangkutan, misalnya jika anda download Myst (disini disebut realMyst) dengan percuma, maka anda hanya akan boleh memainkannya sehingga 31 Disember. Tidak semua game disini percuma untuk didownload dan ukuran downloadnya juga besar, dapat mencapai ratusan megabytes.
14. BoxerJam
BoxerJam bukanlah web paling menarik di web, apatah lagi terdapat banyak iklan yang mereka tampilkan. Tetapi tidak dapat disangkal bahwa laman ini memiliki koleksi game multiplayer yang sangat menarik yang boleh membuatkan anda ketagihan. Dalam Strike a Match anda akan diberikan 6 atau 9 nama atau kata di mana anda harus klik 2 atau 3 kata yang termasuk dalam kelompok yang sama. Sedangkan dalam Out of Order, anda bersaing dengan pemain lain dalam menyusun kata sebelum waktunya tamat.
15. Moola
Disini anda boleh memenangi hadiah wang dengan berlawan dengan pemain lainnya. Caranya seperti ini: anda mula dengan 1 sen yang diberikan Moola, kemudian anda perlu cuba menggandakannya dengan bermain sebuah game melawan pemain lain yang juga hanya memiliki 1 sen. Pemenangnya kemudian akan bermain melawan peserta lain yang juga memiliki 2 sen dan seterusnya. Jika anda kalah maka anda harus memulai lagi dari 1 sen. Untuk mengikuti permainan ini, anda perlu di-invite dan anda boleh memintanya ke Moola. Permainannya tidaklah banyak, hanya ada 3 permainan, iaitu 2 permainan daun terup dan satu lagi permainan kertas-gunting-batu.
Sumber :semasa2u.blogspot.com
1 ulasan:
hi..main game online untuk tenangkan minda anda lari dari stress bekerja. Relax la siket..
http://www.penawar-lukimia.blogspot.com
Catat Ulasan