Halaman

11 Mac 2010

Gempa Bumi Lemah Di Tasik kenyir

Info ni aku petik dari BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir Rabu mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lepas atau proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas

berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an sewaktu proses pengisian air empangan tersebut.

Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

"Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lepas, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

"Kes semalam merupakan kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya lagi.

Rosaidi berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah.

-- BERNAMA





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OMG, now earthquake can happen everywhere..

Pengikut