Halaman

7 Mei 2010

Status Ayam KFC


Info ni aku petik dari  halaljakim.gov.my  tentang status halal ayam KFC. Anda baca sendiri.
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC / Produk AYAMAS Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal. Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam. Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluaran nya. Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”. Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa. Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah. Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian. 
Sekian, Wassalam
Mohd Roslan bin Mohd Saludin, 
Setiausaha, Majlis Penasihat Shariah QSR Brands / KFC Holdings (M) Berhad

Tiada ulasan:

Pengikut