Sumber : Kosmo Online
Kereta kalis peluru RM3.16 juta
GAMBAR menunjukkan kereta kalis  peluru Hummer Knight XV. 
TORONTO - Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hummer yang  dikilangkan di Kanada kini mencipta nama sebagai kenderaan kalis peluru  paling mewah di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. 
Kereta itu yang dinamakan Knight XV memiliki panjang 6.09  meter manakala harganya bermula dari AS$484,645 (RM1.5 juta) hingga  AS$989,946 (RM3.16 juta) bergantung kepada ciri-ciri tambahan yang  diminta pelanggan.
Selain mampu menahan hujan peluru, Knight XV dilengkapi tempat  duduk mewah, skrin televisyen cecair kristal (LCD), permainan video Playstation,  sistem audio 12 pembesar suara serta sistem pembesar suara yang  membolehkan penumpang bercakap dengan orang di luar tanpa perlu membuka  tingkap kenderaan.
"Kami percaya telah mencipta segmen tersendiri bagi pasaran kenderaan  kalis peluru mewah dengan Knight XV," kata Presiden Syarikat  Conquest Vehicles yang mengeluarkan kenderaan istimewa itu, William  Maizlin.
Kenderaan kalis peluru gergasi itu dijana enjin V10 Ford dengan 400  kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. -  Agensi 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan