Maaf sekiranya anda mencari skim cepat kaya di sini.Sudah tentu bukan di blog ini.Cuma satu perkara yang boleh dikongsi dengan anda bagaimana kita boleh menjimatkan perbelanjaan harian dan secara tidak langsung mendapatkan wang lebihan.
Berikut 7 tip terbaik yang boleh dikongsi untuk menambahkan wang poket dan menjimatkan perbelanjaan anda berdasarkan pengalaman aku dan sumber pembacaan dari internet.Perlu diingatkan ini hanyalah pendapat peribadi penulis.
- Bagi anda yang tinggal di bandar ,kenapa tidak gunakan pengangkutan awam sahaja ke tempat kerja.Mungkin anda memandang sinis cadangan ini.Tapi bukankah dalam keadaan kos hidup yang meningkat ,kita perlu berkorban demi menikmati hidup yang lebih tenang tanpa dihimpit beban kewangan.Tepuk dada tanya iman.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Tukarkan perkataan leceh lah kepada aku boleh buat.
- Beli kereta terpakai.Bagi anda yang tak mampu membayar lebih setiap bulan dan ingin berjimat.Jangan pandang rendah kepada kereta terpakai.Cari yang berkualiti dan mempunyai nilai pasaran di masa hadapan sekiranya kita ingin menjualnya kelak.Sekali gus anda berjaya mengelak untuk berhutang dalam jangka masa yang panjang.Tahukah anda model kereta yang berusia 1 hingga 2 tahun akan susutnilai sekitar 30 % berbanding harga kereta baru.Bayangkan sudah berapa RM kita boleh jimat.
- Fikir Sebelum Melanggan.Sekiranya anda ingin melanggan sesuatu,fikirkan adakah ia memberi pulangan maksimum dan sebagainya.Ketika ini pelbagai promosi keahlian dan perkhidmatan yang ditawarkan sehinggakan ada yang tergoda dengan tawaran tersebut.Contohnya hadkan pemilikan kad kredit anda kepada 1 atau 2 kad sahaja.Ini dapat mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan dan sekali gus membuatkan anda terperangkap dengan hutang.
- Kurangkan Kos Telefon Bimbit.Buat panggilan perlu sahaja.Jangan membazirkan wang anda hanya bergayut dengan kekasih sehingga bil telefon mencecah beribu RM dan membuatkan anda terperangkap dengan hutang.
- Beli-belah dan bayar secara online.Kenapa kita tak gunakan kemudahan ini sekarang.Dalam dunia internet tanpa sempadan kita hanya perlu membayar bil utliti secara online sahaja.Bukankah kita dapat menjimatkan wang ,masa dan tenaga jika kita membayar secara online? Fikirkan.
- Membeli-belah pada musim perayaan dan hujung tahun.Pada masa tersebut sudah tentu terdapat tawaran diskaun yang menarik.Sekali gus kita berjaya menjimatkan wang berbanding kita membeli pada waktu biasa.
- Tukar hobi anda kepada perniagaan.Hampir setiap orang mempunyai hobi.Kenapa anda tidak tukarkan hobi anda kepada sesuatu yang kreatif dan mengubahnya menjadi satu sumber pendapatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan