Halaman

21 Okt 2015

Pelajar 16 tahun dakwa enjin carian ciptaannya lebih tepat daripada Google


Pelajar 16 tahun dakwa enjin carian ciptaannya lebih tepat daripada Google
Sumber : Astro Awani.com
Anmol Tukrel (gambar) mencabar Google melalui enjin carian ciptaannya yang didakwa lebih tepat daripada carian Google. -Foto Facebook















ANMOL Tukrel, seorang pelajar India yang berasal dari Kanada kini mencabar kuasa Google dengan mencipta enjin carian yang didakwanya lebih tepat daripada carian Google .


Pelajar berusia 16 tahun itu berkata enjin carian yang diciptanya itu adalah 47 peratus lebih tepat berbanding enjin carian Google.

Enjin carian Tukrel itu merupakan sebahagian daripada projek yang direka untuk dihantar ke Pameran Sains Google, yang merupakan persaingan global dalam talian.

Persaingan itu terbuka kepada semua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun.

Menurut Tukrel, setelah beberapa bulan bertungkus-lumus berusaha, akhirnya dia berjaya menyiapkan projek tersebut.

Bukan itu sahaja, Tukrel juga mengambil kira-kira 60 jam untuk mengekodkan enjin carian tersebut.

"Pada mulanya, saya rancang untuk mencipta sesuatu dalam ruang carian kerana ia merupakan satu perkara yang mencabar.

"Tetapi apabila saya menyedari Google telah melakukannya, saya cuba untuk membawa ia ke tahap yang seterusnya,” kata Tukrel yang dipetik dari portal Tech 2.

Pelajar itu mendakwa enjin cariannya lebih baik dari Google kerana ia bukan sahaja mengambil kira akaun lokasi dan rekod layaran, tetapi ia juga cuba untuk memahami konteks dan makna.

Oleh itu, enjin carian yang dicipta oleh Tukrel akan memberi hasil carian yang lebih relevan dengan personaliti pengguna.

Difahamkan, Tukrel memperoleh idea itu ketika menjalani latihan amali di firma Adtech IceCream Labs di Bengaluru, India.Projek pembangunan Turkel termasuk sebuah komputer dengan sekurang-kurangnya 1GB memori penyimpanan, persekitaran pembangunan python-language, program spreadsheet dan akses kepada Google dan New York Times.
Bagaimanapun, penilaian projek itu masih lagi dijalankan. 

Tiada ulasan:

Pengikut