Sumber :
KOSMO.COM.MY
SINGAPURA –
Negara kecil, Singapura kini memiliki pasport paling berkuasa di dunia dengan
rakyatnya boleh melawat paling banyak negara tanpa memerlukan visa, demikian
menurut senarai kedudukan baharu Indeks Pasport.
Senarai itu dibangunkan oleh firma perunding
global, Arton Capital.
“Buat pertama kali, sebuah negara Asia mempunyai
pasport yang paling berkuasa di dunia,” kata pengarah urusan pejabat Arton
Capital di Singapura, Philippe May dalam satu kenyataan.
Indeks Pasport yang memantau kebolehgunaan
dokumen tersebut menyatakan, Singapura merampas tempat teratas selepas
Paraguay membatalkan halangan terhadap rakyat pulau itu.
Perkembangan itu bermakna kira-kira 3.4 juta
pemegang pasport Singapura boleh melakukan perjalanan ke 159 buah negara sama
ada tanpa visa atau mendapatkannya selepas ketibaan mereka.
Jerman berada di tempat kedua dengan rakyatnya
boleh mengunjungi 158 negara tanpa visa, manakala Sweden dan Korea Selatan terikat
di kedudukan ketiga.
Pasport Malaysia pula berkongsi kedudukan keenam
bersama Amerika Syarikat (AS), Ireland dan Kanada.
Tempat tercorot milik Afghanistan dengan rakyat
negara bergolak itu boleh melawat 22 buah negara sahaja.
Indeks Pasport menyenaraikan kedudukan pasport
di seluruh dunia berdasarkan keupayaan akses rentas sempadan pemiliknya. – AFP
Baca lagi pasal passport di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan