Halaman

1 Okt 2017

Tragedi Tahfiz - Dua dihukum Gantung Sampai Mati

Image result for tahfiz terbakar
Susulan daripada kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Datuk Keramat, dua daripada tujuh orang suspek kes ini didakwa di Mahkamah Majistret semalam di atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru pusat tahfiz tersebut.

Kedua-dua pesalah yang berusia 16 tahun itu hanya mampu menerima pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kedua-dua tertuduh ini tidak diwakili oleh peguam dan dijatuhkan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan gantung sampai mati.
Pendakwaan ini dijalankan pada jam 11.30 pagi semalam dan merupakan prosiding tertutup kerana kedua-dua yang tertuduh adalah di bawah umur.
Semua pihak termasuk keluarga, pihak media dan juga orang awam diarahkan keluar dari kamar mahkamah dan tidak dibenarkan untuk mendengar pertuduhan ketika ianya dibacakan terhadap tertuduh.

Sumber: Amazingnara

Tiada ulasan:

Pengikut