Halaman

25 Feb 2020

Tiga Serangkai

Membaca, berfikir dan menulis adalah kegiatan tiga serangkai. Dr Mahathir, antara lain, berkata, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan.

Ia membantu memperkuat rangkaian otak dan merangsang pertumbuhan rangkaian saraf baru.

Jika seseorang itu membaca sesuatu berulang kali, apa yang dibacanya itu akan lebih melekat di ingatan. Dengan itu dia tidak mudah lupa.

Membaca dengan banyak juga boleh mempertingkatkan kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EQ) dan kecerdasan intelektual (intelligence Quotient atau IQ) seseorang.

Kedua-dua unsur kecerdasan itu, kata Dr Mahathir, amat penting bagi membolehkan seseorang menangani pelbagai keadaan dan merebut peluang pembangunan diri.

Jadi marilah kita membaca supaya menjadi lebih bermaklumat, cerdas minda dan kuat tubuh badan.

Tiada ulasan:

Pengikut