Saya tertarik dengan pandangan seorang pakar kewangan tersohor. Pernah tak kita terfikir kenapa duit atau gaji yang kita dapat tidak pernah cukup. Selepas bayar semua hutang pun duit masih belum cukup atau kita sendiri tidak tahu ke mana duit tersebut dihabiskan.
Kata beliau, perkara yang perlu kita semak, sudahkan kita membayar zakat pendapatan ? Bagi non muslim sudahkan anda membayar cukai pendapatan ? Zakat dan cukai pendapatan adalah penting bagi tujuan pembersihan harta.
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.
Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]
Fatwa Di Bawah Seksyen 34.
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.
Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)
Klik Kalkulator Pengiraan Zakat Pendapatan di laman web PPZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan