1.Fikir lu.Beberapa tahun yang lalu saya berkunjung lagi ke negara Matahari terbit.
2.Ketika melalui persimpangan, kenderaan yang saya naiki berselisih dengan sebuah lori sampah.
3.Hebatnya lori sampah tersebut tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sebagaimana yang biasa dilihat di tanah air kita.
4.Salah seorang rakan berbangsa Jepun memberitahu prosedur mengangkut sampah amat dititikberatkan di Jepun.
5.Lori sampah perlu bertutup dan dibersihkan sebelum melalui jalan awam.
6.Beliau menerangkan lagi mereka sudah lama mengamalkan pengasingan sampah menggunakan konsep 3R(Reuse, Reduce, Recycle). Botol plastik, kaca, kertas dan sisa makanan diasingkan.
7.Sudah tentu amalan membuang sampah mengikut kategori ini mengurangkan pencemaran bau berbanding amalan yang berlaku di negara kita.
8.Sebenarnya program kitar semula telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1993 lagi. Namun begitu kita tidak tahu sejauh mana matlamatnya berjaya dicapai.
9.Moralnya kejayaan 3R memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan.NGO, syarikat swasta,Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan kerajaan perlu berganding bahu sekiranya mahu melestarikan alam sekitar.
10.Mungkin kita memerlukan tindakan penguatkuasaan yang tegas kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar kerana kempen kesedaran alam sekitar dilihat kurang berkesan.Cuba fikir dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan