Halaman

29 Jul 2023

Pengurusan Acara dan Majlis

Seringkali kita dalam majlis tak kiralah besar atau kecil, muzik memainkan peranan dalam menghidupkan suasana di lokasi majlis/acara.


Bukan setakat itu sahaja, muzik iringan boleh menaikkan mood tetamu yang hadir, sekaligus menjadikan majlis/acara tersebut berlangsung meriah dan berjaya.


Tapi ada kalanya juga penganjur atau tuan rumah agak tak berapa pasti lagu apa yang sesuai untuk dimainkan, dan di sinilah peranan sebagai emcee untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan mereka.


Saya senaraikan link dari Youtube berkaitan muzik latar yang selalu dimainkan mengikut tema majlis/acara. Senarai ini adalah cadangan semata-mata, anda boleh sesuaikan mengikut majlis/acara anda.


SEBELUM MAJLIS BERMULA


Kebiasaannya muzik latar instrumental (tanpa vokal) dimainkan sewaktu tetamu tiba di lokasi & mengambil tempat duduk masing-masing sebelum ketibaan VIP.


Lagu berentak upbeat, relax dan santai. Dimainkan tidak terlalu kuat, sekadar mencipta suasana welcoming.


Channel: Beautiful Music

https://youtube.com/@BeautifulMusic16


Muzik yang boleh dimainkan:


1) Upbeat Instrumental Work Music (46 minit)

Link: https://youtu.be/WJBKQUG5E4M


2)Upbeat Instrumental Work Music (32 minit)

Link: https://youtu.be/zmAbpsiC6BQ


SEWAKTU KETIBAAN VIP/PERASMI


Dimainkan sewaktu perasmi berjalan menuju ke tempat duduk. Muzik yang berbentuk semangat, uplifting, dimainkan kuat.


1) 30 Minutes of Awards Music For Nomination Show

Link: https://youtu.be/EB9e7EhLQqo


2) Uplifting Inspiring Background Awards Music

Link: https://youtu.be/33c-1i3mhsU


MUZIK IRINGAN UCAPAN VIP/PERASMI


Ketika VIP dijemput berucap, mainkan muzik iringan bagi menaikkan suasana majlis. Dimainkan sewaktu VIP berjalan menuju ke rostrum & sewaktu kembali ke tempat duduk


1) Classical Orchestral Music

Link: https://youtu.be/0_uEzrtPCxM


2) Royalty Free Epic Instrumental Music

Link: https://youtu.be/p6p_UYwnUTw


MUZIK IRINGAN GIMIK PERASMIAN


Bergantung kepada bagaimana gimik tersebut dilaksanakan, muzik iringan yang upbeat, epic dan bertenaga diperlukan bagi menaikkan suasana majlis pelancaran/perasmian tersebut.


1) Dramatic Action Epic Background (2:15 minit)

Link: https://youtu.be/kn-e4wCDSS4


2) Epic Victory Music Royalty Free (2:21 minit)

Link: https://youtu.be/5JeU0pYk0dg


MUZIK IRINGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH


Anda perlukan muzik latar yang berprestij, elegan, penuh kebanggaan & menaikkan imej penganjur serta penerima anugerah. Jika jumlah penerima anugerah yang ramai, pastikan muzik iringan mempunyai durasi yang panjang


1) Awards Music Mega Pack (1 jam)

Link: https://youtu.be/Tzz0HAznCiw


2) 1 Hour Awarding Background Music (1 jam)

Link: https://youtu.be/dAxAaXqgP2o


3) 30 minutes of Awards Music (30 minit)

Link: https://youtu.be/AEpLGIfTvwI


4) Recognition Background Music (9:33 minit) sesuai untuk penyampaian hadiah sukan

Link: https://youtu.be/rqo-300ZE1U


PERINGATAN PENTING:

Pastikan anda menggunakan Youtube Premium atau download terlebih dahulu bagi mengelakkan iklan pada video muzik ini.


Jangan lupa subscribe pada channel muzik-muzik disenaraikan dan anda boleh create playlist anda sendiri bagi memudahkan pencarian.


Semoga bermanfaat!


Sumber :

#emceebobfaizeli

Tiada ulasan:

Pengikut