Ungkapan atau kata-kata hikmah 'Biarpun miskin tetapi tidak boleh miskin pendidikan' sangat menyentuh hati saya ketika menonton dokumentari 'The Most Dangerous Ways To School'
Bagaimana kanak-kanak di negara lain bergelut untuk ke sekolah demi sebuah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
Benarlah kata seorang pemikir, pendidikan bukan sekadar untuk lulus peperiksaan tetapi pendidikan adalah untuk masa depan.
Pendidikan adalah jalan kepada kebebasan daripada belenggu kemiskinan,kepapaan dan kebodohan yang berterusan.
Kadang-kadang saya terfikir sejenak kenapa segelintir murid kita suka ponteng sekolah.
Adakah kerana kemiskinan atau budaya malas yang selalu bersarang di fikiran mereka.
Ketika murid di negara lain bergelut untuk mendapatkan pelajaran, ada kalangan murid kita malas ke sekolah.
Bersikap acuh tidak acuh dengan pelajaran mereka. Belajar sambalewa. Hadir ke sekolah kerana desakan ibu bapa bukan kemahuan sendiri.
Sedarlah wahai anak bangsa.Ketika kamu nyenyak tidur di katil empuk, rakan-rakan kamu di luar negara bergelut dengan kehidupan yang sukar.
Belajarlah demi masa hadapan yang lebih gemilang, demi negara tercinta.
Negara ini perlukan sumber manusia yang berpendidikan tinggi yang akan memimpin negara ini lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial.
Negara ini perlukan pemimpin masa hadapan yang lebih gemilang bagi memastikan negara kita berada di landasan yang tepat dalam semua bidang dan sebaris dengan negara maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan