Dah la harga
barang naik, air kopi ais pun kadang lagi mahal dari sekeping roti canai.
Sebenarnya, salah
satu cara paling mudah nak jimat belanja dapur ialah dengan rancang
menu mingguan.
Tak susah pun.
Ini cara paling santai untuk kau mula.
1️⃣ Tengok Apa Yang Ada Dalam Peti Ais
Sebelum rancang
menu, buka peti ais dan almari dapur.
Catat apa barang
yang masih ada.
Jangan beli benda
yang masih ada stok.
Contoh: Kalau
masih ada ikan kembung, rancanglah masak singgang atau goreng minggu tu.
2️⃣ Rancang Menu Ikut Bajet
Contoh bajet dapur RM100 seminggu:
- Isnin:
Nasi goreng + telur mata
- Selasa: Ayam masak kicap + sayur sawi
- Rabu:
Mee goreng
- Khamis:
Ikan singgang + sambal belacan
- Jumaat:
Nasi lemak
- Sabtu:
Sup ayam + telur dadar
- Ahad: Makan luar (kalau bajet lebih)
Tip: Letak satu hari ‘clean up fridge’ untuk
habiskan bahan sayur sebelum busuk.
3️⃣ Jangan Buat Menu Terlalu Fancy
Tak perlu menu
‘viral’ TikTok yang bahan pun entah apa.
Menu simple
cukup.
Janji kenyang,
sihat, dan tak bazir.
4️⃣ Guna Bahan Yang Sama Untuk Pelbagai Menu
Contoh:
- Beli
ayam seekor, boleh buat ayam kicap, sup ayam, ayam goreng kunyit.
- Beli
kobis, boleh buat kobis goreng, campur dalam mi segera atau buat salad.
Ini akan kurangkan
pembaziran dan belanja barang dapur.
5️⃣ Tulis Menu Di Kertas Atau
Whiteboard Dapur
Tampal di peti
ais. Bila kau dah tahu esok nak masak apa, senang nak keluarkan awal dari
freezer dan tak stress fikir setiap pagi.
Kenapa Menu
Mingguan Jimatkan Belanja?
Jadi rancang menu mingguan bukan saja untuk mak-mak atau
isteri je, tapi orang bujang pun boleh buat untuk kurangkan kebocoran
dompet setiap minggu.
Bila perut kenyang dompet pun tak menjerit.
Hidup lebih tenang.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan