Halaman

Memaparkan catatan dengan label opinion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label opinion. Papar semua catatan

28 Okt 2018

Kenapa Pengguna pilih GRAB

Perniagaan ialah persaingan, siapa yang pelanggan suka , dialah yang akan untung.Kenapa pengguna pilih Grab ?

Di sini aku kongsikan pendapat netizen yang memilih GRAB :

1.Lebih fleksibel dan teratur sebab hanya booking melalui online.
2.Kenderaan lebih selesa
3.Tambang teksi lebih mahal berbanding GRAB dan menggunakan meter.
4.Tambang Grab 50% lebih murah berbanding teksi dan pemandu Grab tak boleh sesuka hati  memilih penumpang dan destinasi
5.Grab lebih baik dari teksi biasa, pemandunya sopan, kereta bersih dan harga berpatutan, banyak pengalaman buruk dgn teksi biasa
6.Teksi dari tempat saya ke PG airport Kos RM45; Grab/Uber RM22. Don't know who else really going to pick teksi.
7.Antara sikap jelik yang biasa pengguna hadapi apabila menggunakan perkhidmatan teksi;

7.1. Sikap biadap pemandu 
7.2. Caj melampau
7.3. Pilih penumpang (kalau dekat tak nak hantar, kalau hantar pun caj luar biasa)
7.4. Kenderaan dalam keadaan uzur
7.5. Caj boleh berubah dan sekiranya menggunakan meter, laluan yg lebih jauh ke destinasi dipilih.

7.6  Grab lebih selamat.. Aku rasa puashati bila guna perkhidmatan grab.
7.7  Kereta mereka selesa.
7.8  Layanan mesra
7.9  Harga berpatutan
7.10 Selamat ( app boleh trace ke mana kita pergi)
7.11 Cepat.untuk ke destinasi pilihan.


Pilihan yang ada untuk Win-win situation :

1.Kurangkan kadar tambang teksi dan naikkan sedikit tambang Grab, Ia adil untuk Pemandu Grab.

2.Buat aplikasi utk teksi seperti sistem grab.. mana mahunya.. depa tamak nk ikut meter.. bersainglah cara sihat..kebanyakan grab driver pakai petrol dan kena bayar tol der.

3.Caj Teksi wajar di kurangkan dan caj Grab wajar di naikkan sedikit, kira ada check and balance lah tu, Pemandu teksi happy dan pemandu Grab turut happy.

4.Pemandu teksi di wajibkan mengunakan platform Grab yang sama, supaya pemandu teksi tidak perlu meronda ronda mencari pelanggan.

5.Pengguna e hailing bila call Grab mungkin dapat teksi, atau kereta biasa dan pemandu teksi ada kelebihan iaitu mengambil penumpang jalanan dan Grab tak boleh,




30 Mac 2008

Tips Memilih Sahabat

Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.""

21 Jan 2008

Layakkah Kita

kata seorg teman

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !......
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !......
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat ! ......
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !......
lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !......

lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !......
lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !......
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !......

lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !......
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !......
lebih suka mencarut , @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !......
lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan ! ......
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !......
lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !
TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
KITA SEBENARNYA......
lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

Pengikut