Halaman

27 Nov 2009

Panduan Jual Kereta

Suatu hari anda dapat durian runtuh(Bonus dan sewaktu dengannya) atau anda mendapat kenaikan gaji.So anda pun teringin nak membeli kereta baru.Kalau anda nak beli kereta baru , kita perlu menjual kereta lama yang masih digunakan sebelum mendapat kereta baru.(Kalau nak beli kereta kedua itu lain cerita..)Ingat walaupun kereta anda tu kereta lama , ia masih mempunyai nilai jualan tertentu.Untuk pengetahuan anda semua, nilai jualan kereta lama anda boleh digunakan untuk mengurangkan kos ketika membeli kereta lama.

2  perkara yang perlu anda tahu tentang kereta lama anda.
  1. Nilai jualan kereta lama anda.Anda perlu tahu nilai pasaran terkini kereta anda untuk mengelakkan ditipu.Anda boleh dapatkan nilai kereta anda melalui majalah pemotoran dan laman web nilai kereta terpakai bagi menganggarkan harga pasaran bergantung kepada model , buatan kereta dan tahun keluarannya.
  2. Nilai kereta anda juga bergantung kepada rekod penyelenggaraan , ketetapan servis berkala , tidak pernah terbabit dengan kemalangan dan yang penting anda adalah pemilik pertama.Pasti anda akan mendapat harga jualan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pemilik kereta yang tidak menjaga kereta mereka dengan baik dan hak milik kereta melebihi dua atau tiga pemilik.


Bagaimanakah cara untuk menjual kereta anda?
Manakah saluran yang betul untuk menjual kereta anda ? Gunakan kebijaksanaan anda.

Berikut adalah 4 cara yang boleh anda lakukan untuk menjual kereta lama anda:
  1. Iklankan kereta anda di suratkhabar atau majalah pemotoran
  2. Whistel blowing..atau hebah dari mulut ke mulut melalui rakan dan keluarga.
  3. Letakkan kereta anda di tempat pengedar terpakai.
  4. Tampal iklan kereta anda di tempat yang boleh dilihat orang ramai.(Pokok dan sebagainya- jangan tampal sesuka hati nanti kena saman dengan PBT)
  5. Tukar beli (trade-in) dengan penjual ketika membuat pembelian kereta baru.

Kelebihan menjual sendiri kereta lama anda
  1. Anda boleh jimat potongan komisen atau keuntungan yang dikenakan orang tengah(Pengedar Kereta).Misalnya nilai kereta anda di pasaran sekarang ialah RM 35000.sekiranya anda menjual sendiri dan pembeli berminat untuk membeli , anda akan mendapat pulangan bersih RM35000 tetapi kalau anda menggunakan khidmat orang tengah mungkin nilai kereta anda hanya RM30000 kerana pengedar kereta juga ingin memaksimumkan keuntungannya.So anda hilang RM5000..Bak kata Nabil Lu Pikir La Sendiri.

Kelemahan menjual sendiri kereta lama anda
  1. Anda perlu mengatur temu janji bagi membolehkan pembeli melihat dan memandu uji kereta anda.Leceh bagi anda yang sibuk dengan urusan kerja(No Time man...Golongan korporat la katakan...)
  2. Anda berdepan dengan pembeli yang cerewet supaya anda dapat mengurangkan harga jualan dengan lebih rendah dan ingin melihat kereta beberapa kali..( spoil...)

Kelebihan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah) 
  1. Urusan penjualan kereta akan memudahkan pelbagai masalah yang mungkin timbul.

Kelemahan menjual kereta lama anda melalui pengedar kereta(Orang Tengah)
  1. Harga tukar beli kereta anda berkurangan kerana komisen yang dikenakan pengedar kereta.
  2. Pengedar kereta yang tidak beretika mungkin menipu anda dengan memberi harga yang lebih rendah daripada sepatutnya.

Jangan biarkan pengedar mendapat keuntungan yang lebih tinggi.Ingat rundinglah harga dengan lebih bertimbang rasa dan sepakat  dengan pengedar kereta berdasarkan konsep win-win situation




1 ulasan:

DeeN berkata...

Berguna betul info neh. Thanks!

Salam singgah! :)

Pengikut