Halaman

3 Dis 2009

Cari Duit Affiliate

Hari ini aku nak kongsi topik Affiliate.Bagaimana nak cari duit melalui program Affiliate.Terdapat pelbagai program affiliate tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam dunia siber ni.Ada yang betul ,ada juga yang menipu dan SCAM.Jadi anda perlu berhati-hati ketika ingin menyertai program affiliate yang ditawarkan.

Apa itu program Affiliate?


Affiliate merupakan satu program perkongsian keuntungan antara syarikat yang memasarkan produk  atau perkhidmatan dengan anda.Sekiranya anda berjaya 'menghantar' pembeli ke Syarikat tersebut secara online atau offline dan pembeli membeli barangan tersebut , anda akan dibayar komisyen oleh Syarikat Pemasaran produk tersebut.Contohnya anda menyertai program affiliate tempatan  atau  affiliate antarabangsa Amazon.com.Sekiranya pembeli membeli produk  Amazon.com , anda akan dibayar komisyen contohnya sebanyak 5 hingga 10 peratus bergantung kepada syarat komisyen yang ditawarkan oleh Syarikat tersebut.Misalnya harga produk ialah RM 50.00. Ada pembeli yang berminat membeli satu produk tersebut bermakna anda akan dibayar komisyen sebanyak 10 % atau RM 5.00.Bayangkan kalau 10 orang pembeli membelinya melalui link affiliate anda sudah tentu komisyen anda bertambah RM 50.00.

Secara ringkasnya melalui program affiliate ,anda merupakan orang perantaraan atau promoter(salesman tak langsung) Syarikat Pemasaran Produk dengan pembeli.Kalau banyak orang membeli produk atau perkhidmatan tersebut semakin banyaklah komisyen anda.


Adakah Program ini berbayar atau percuma ?


Sehingga kini kebanyakan program affiliate yang ditawarkan adalah percuma...bermakna anda tidak perlu membayar walau satu sen pun.

Tiada ulasan:

Pengikut