Halaman

5 Dis 2009

GST-Cukai Barangan Dan Perkhidmatan Zaman Kerajaan BN


Mungkin sebulan dua ni semua orang bercakap pasal GST.Dari kedai kopi ke coffee house hingga ke parlimen semuanya mungkin berbahas pasal GST

Apakah GST ?

GST bermaksud Goods and Services Tax.Dalam Bahasa Melayu bermaksud sejenis cukai  di mana  apa sahaja   barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna  mengandungi elemen cukai.

GST juga dikenali sebagai Cukai Kepenggunaan(Consumption tax).Secara ringkasnya asasnya jauh lebih luas daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ada sekarang.

Siapa yang dikenakan GST ?

Cukai ini akan dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Apakah tujuan GST ?

GST bertujuan memperluas asas cukai negara serta mengurangkan defisit belanjawan.

Negara manakah yang telah melaksanakan GST ?

Sehingga kini sebanyak 143 buah negara  telah melaksanakan GST .Pada masa ini negara Singapura mengenakan GST pada kadar 5 % , Thailand 7 % , Indonesia dan Filipina 10 %  sementara New Zealand 7 % dan Australia 10 %.Namun begitu Hong Kong dan Brunei adalah antara beberapa negara Asia yang telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Selain China , Malaysia mencadangkan kadar GST sebanyak 4 % ,kadar yang terendah berbanding negara Asia Pasifik yang lain.

Sementara itu Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat.

Sumber : Sinar Harian Edisi Timur : Sabtu :05 Disember 2009

  


1 ulasan:

Luke berkata...

GST hanya wajar dikenakan pada barangan mewah bukan barang keperluan asas.

Pengikut