Halaman

9 Dis 2009

Panduan Klim Insurans Cermin Kereta

Suatu hari cermin kereta aku retak lalu pecah akibat penangan seketul batu sebesar penumbuk aku.Nasib baik aku dan ambik insurans cermin.Kalau tak jenuh la aku mengorek kembali tabung simpanan kecemasan. yang tak seberapa.Aku dengan rasa cemas menghubungi ejen insurans yang aku biasa berurusan dengannya.Jadi topik aku kali ini nak berkongsi dengan semua blogger atau anda yang terkial-kial tak tahu langkah seterusnya yang perlu anda lakukan sekiranya cermin kereta anda pecah.Sebelum tu aku nak kongsi sikit pengalaman berurusan dengan bengkel Panel Insuran yang aku ambil ni.Biasa la..masa promosi insurans dekat kita , macam2 faedah yang boleh kita peroleh kalau ambik apa2 jenis insurans.Tapi kalau sampai masa kita nak buat tuntutan...seribu satu macam benda atau syarat yang perlu dipatuhi bagi menuntut hak kita...Encik kena ambik ni...buat tu...photocopy ini ...salinan itu....salinan ini...Sabar saja Labu...Inilah karenah yang perlu kita hadapi dengan sabar..
Foto ehsan Lanunlaut.blogspot.com

Perkara yang perlu ada ketika membuat tuntutan Insurans Cemin Kereta Anda :

1. Salinan Laporan Polis - Pihak Insuran memerlukan Report ATAU Laporan Polis sebagai bukti tuntutan Insurans anda.
2.  Salinan polisi insurans(Cover Note) kereta anda
3.  Salinan Geran kereta ( Sekali dengan resit MY-EG jika  cukai jalan dibuat secara online)
4. Salinan Cukai Jalan kereta anda
5. Salinan Lesen Memandu anda
6. Salinan Kad Pengenalan anda.

Dokumen2 tersebut perlu diserahkan kepada Bengkel Panel Insurans anda untuk buat tuntutan.Selesailah tuntutan anda.

Tiada ulasan:

Pengikut