Halaman

Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu. Papar semua catatan

5 Jun 2023

Kenapa kanak-kanak membersihkan sekolah di Jepun

Saya tertarik dengan ucapan PMX tentang keadaan dan kebersihan tandas di sekolah.Kalau kita ikuti artikel di bawah amat tepat dengan saranan beliau.

Di dunia Barat, kebanyakan sekolah mengupah pekerja kebersihan dan kakitangan penyelenggaraan lain untuk membersihkan kawasan sekolah tetapi di Jepun, kanak-kanak melakukannya.

Ia kelihatan seperti konsep yang ganjil jika anda bukan orang Jepun, tetapi ada sebab untuk amalan itu. Ia bukan sahaja memastikan sekolah di Jepun bersih tetapi mengajar kanak-kanak tanggungjawab yang perlu dipikul ketika dewasa kelak.

 

Bagaimana Pembersihan Sekolah Berfungsi?

 

Di Jepun, kanak-kanak mula membersihkan bilik darjah mereka sendiri pada darjah satu. Mereka terus melakukannya sehingga mereka menamatkan sekolah menengah. Pelajar juga menghidangkan makan tengah hari kepada rakan sekelas mereka, manakala sekolah Barat mempunyai petugas kebersihan dan kafetaria yang melakukan perkara itu.

Ia bukan undang-undang— ia adalah budaya Jepun . Pelajar menghabiskan kira-kira 15 minit pada penghujung hari membersihkan bilik darjah mereka. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, mereka kadang-kadang melakukannya sebelum waktu rehat, jadi anak-anak boleh bermain selepas mereka melakukan kerja.

Ia bukan setakat bilik darjah. Pelajar di Jepun membersihkan seluruh sekolah—ya, termasuk bilik air. Gred yang berbeza mengambil bahagian yang berlainan di sekolah, termasuk gim, pejabat jururawat, lorong dan kawasan lain. Untuk mengelakkan orang ramai daripada terjebak dalam tugasan tandas tetap, kerja bergilir-gilir, jadi kumpulan pelajar dalam kelas yang sama belajar melakukan pelbagai tugas dan menyumbang kepada usaha pembersihan.

Apabila ia datang kepada anak-anak yang lebih muda, yang lebih tua membantu. Sekolah rendah di Jepun naik ke gred enam, jadi apabila pelajar darjah satu belajar menyapu dan menggosok bilik darjah mereka, sekumpulan pelajar yang lebih tua pergi ke bilik darjah mereka untuk membantu mereka.

Itu juga mempunyai tujuan yang lebih besar daripada pembersihan. Ia memberi pengalaman kepada pelajar yang lebih tua membantu kanak-kanak yang lebih muda sambil memberi contoh teladan kepada anak-anak muda, terutamanya jika mereka tidak mempunyai adik beradik.

Satu perkara yang ramai orang Barat silap tentang kanak-kanak membersihkan sekolah di Jepun ialah berfikir bahawa sekolah Jepun tidak mengupah mana-mana pekerja penyelenggaraan. Sebaliknya, sekolah Jepun memang mengupah kakitangan untuk membersihkan, tetapi tidak dalam erti kata yang sama seperti yang kita fikirkan tentang pekerja kebersihan. Di Jepun, pekerja ini melakukan kerja lain, seperti pengawal lintasan, serta pembersihan yang lebih teliti dan rumit di seluruh sekolah.

 

Ia Lebih daripada Mengemas

 

Bagi kanak-kanak di Jepun, membersihkan sekolah mereka sendiri bukan sahaja tentang menjaga persekitaran pembelajaran yang kemas. Kebersihan bukan isu besar di Jepun— orang ramai mandi setiap hari , dan ramai pelawat ke Jepun kagum dengan jalan yang bersih di negara itu .

Masyarakat Jepun mengajar kanak-kanak untuk membersihkan sekolah mereka, supaya mereka belajar menghargai kebersihan dalam semua bidang kehidupan mereka. Ia berkait dengan ajaran agama mereka, yang mengajar kepentingan menjaga kebersihan badan dan persekitaran peribadi. Memandangkan kanak-kanak belajar awal untuk membersihkan ruang mereka di sekolah, mereka sering belajar melakukan perkara yang sama di rumah dan dalam masyarakat.

Jepun percaya bahawa persekitaran yang bersih adalah tanda minda yang fokus. Oleh itu, membersihkan sekolah bermakna kekal fokus, menjadi pelajar yang baik, dan menjadi ahli masyarakat Jepun yang produktif.

Pembersihan mengajarkan tanggungjawab kepada pelajar sejak kecil. Mereka belajar untuk bekerjasama, mengagihkan tugas, dan menghormati persekitaran mereka di mana sahaja mereka berada. Tanggungjawab semua orang untuk mengekalkan ruang mereka secara kolektif, dan bukannya hanya bergantung pada orang yang dibayar untuk membersihkannya.

Ramai orang Barat terkejut dengan idea kanak-kanak membersihkan sekolah, dan beberapa sekolah di tempat seperti Amerika Syarikat mengamalkan amalan ini. Mereka yang secara amnya melihatnya sebagai cara yang positif untuk mengajar kanak-kanak menghormati ruang mereka dan memastikan keadaan sentiasa kemas. Di Jepun, ia adalah perkara biasa dan dijangka, dan kebanyakan tempat mengikuti rutin yang sama ketika membersihkan sekolah.

 

Disesuaikan dari blog keshoume.com

2 Sep 2010

Tekanan bukan punca kontrak Musa tidak disambung


HISHAMMUDDIN dan Ismail berjabat tangan dengan diperhatikan oleh Musa di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menegaskan keputusan tidak melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga tiada kena mengena dengan tekanan mana-mana pihak.

"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," kata beliau.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai KPN yang baru menggantikan Musa berkuatkuasa 13 September ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, pula akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail.

Pengumuman yang dibuat oleh Hishammuddin itu semalam menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

Sumber : Kosmo Online

4 Ogo 2010

Sang Bedal Di PD

 Foto : Kosmo Online

Hari ni banyak akhbar melaporkan penemuan bangkai seekor buaya tembaga sepanjang 5.48 m dengan ukur lilit 2.43 m di Pantai Port Dickson.

31 Jul 2010

Misteri Wajah Manusia Di Planet Marikh

Misteri wajah manusia di Planet Marikh akhirnya terlerai apabila objek yang disangkakan wajah manusia tersebut sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir.

Berita lanjut baca di Kosmo Online

Nik Aziz Saran Bazar Ramadhan Jadi Bazar Iftar

Menteri Besar Kelantan , Dato Nik Aziz B Nik Mat  menyarankan supaya Bazar Ramadhan ditukar kepada Bazar Iftar (Berbuka puasa) bagi mencerminkan penghayatan terhadap ibadah berpuasa tersebut.Berita lanjut di The Malaysian Insider.

Sumber : The Malaysian Insider

29 Jul 2010

Video Jerat Cepat Kaya


Hebat..penganjur skim cepat kaya tayang kereta mewah antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline..
Berita penuh di Harian Metro Online

Ular Sawa Gergasi

Info ni aku petik dari malaysiasensasi dan weirdasianews.com. Ular sawa ni sebenarnya ditemui di China.Gambar ini secara rasmi disiarkan dalam People's Daily ,akhbar milik Parti Komunis China.

Fakta :

Panjang : 16.7 m (55 kaki) 
Berat : 300 kg
Anggaran Umur : 140 tahun


Sumber :zuzutop

28 Jul 2010

Warna-Warni Kehidupan Di Pejabat


"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati..."

Ada lelaki & ada wanita    
Ada yang pura2 rajin & ada  yang bersantai  
Ada yang pengampu &  ada  yang pak turut
Ada yang main games ,Facebook ,Twitter,Myspace ,Skype & yang  tidur 
Ada yang suka marah2 & yang  stress 
Ada yang suka gosip & yang suka jalan2
Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka ulang alik ambil minuman
Ada pujian & makian  
Ada yang ceria  & yang boring  
Tapi katanya "We're a team" So be fun , enjoy your time , your work  & achieve the best


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JANGAN
MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN
DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.........
SELAMAT BERTUGAS!!!

24 Jul 2010

Terkini , Halal


Pengusaha hotel wajar dapatkan sijil halal-Muhyiddin

24/07/2010 4:13pm

KUALA LUMPUR 24 Julai - Adalah baik bagi pengusaha hotel yang mempromosi pelbagai juadah di bulan Ramadan agar memohon dan mematuhi sijil halal supaya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka di kalangan umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin berkata, nasihat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz semalam perlu diberi perhatian pengusaha, baik hotel atau restoran.

"Kalau hotel, ia mesti asingkan dia punya kitchen (dapur) yang halal dan kitchen yang bukan halal. Kalau itu dibuat barulah tidak timbul prasangkan
bahawa ini tidak halal. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan banyak hotel ambil kesempatan mempromosi makanan. 

"Jadi untuk mengelak itu (prasangka) saya fikir elok mereka bukan saja mohon kepada Jakim tapi mereka harus patuh. Kalau sudah halal dia mesti comply (patuh) dan kalau belum halal kena pohon sijil halal," katanya mengulas kenyataan Wan Mohammad itu. 

Wan Mohammad berkata, Jakim menggalakkan pengusaha hotel memohon sijil halal sebelum Ramadan ini bagi menjamin keselesaan umat Islam berbuka puasa di premis mereka. 

"(Adalah baik) bukan sahaja waktu musim puasa tapi sepanjang masa. Kalau mereka kata produk dan makanan yang mereka masak itu halal...dia mesti ada sijil itu yang dikeluar oleh Jakim yang mengesahkan produk atau perkhidmatan mereka itu halal". 

"Kalau itu dipamerkan masyarakat Islam tidak syak wasangka bahawa benar-benar ini adalah produk halal kerana sudah disahkan," kata Muhyiddin.
Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, ikut undang-undang perkara ini tidak diwajibkan pada masa sekarang. 

Namun, katanya, kalau sudah diisytiharkan sesuatu itu sudah halal, mereka ia perlu halal, kalau tidak boleh dihukum di bawah peraturan sedia ada. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Sijil Halal Segera Hotel

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
SAJIAN berbuka dari dapur halal dapat memberi keyakinan kepada pelanggan beragama Islam.


PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempercepatkan proses permohonan sijil halal di kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.

Langkah itu diambil selepas rekod Jakim sehingga semalam mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Daripada 32 hotel itu pula, lapan daripadanya bertaraf lima bintang manakala sembilan bertaraf empat bintang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha hotel di negara ini memohon sijil halal sama ada menerusi Jakim atau jabatan agama Islam negeri.

"Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sehubungan itu, Wan Mohamad berkata, Jakim bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Persatuan Hotel Malaysia kini giat menganjurkan kursus kesedaran kepada para pengusaha hotel.

"Melalui kerjasama ini pengusaha hotel diharap akan memandang serius mengenai sijil halal itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar memberi jaminan akan memproses semua permohonan sijil halal dalam tempoh kurang daripada dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima pada satu-satu masa selain permohonan perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Permohonan yang diterima awal akan segera diproses oleh pegawai yang bertanggungjawab menjalankan proses pengauditan dan jika dapur hotel itu mencapai piawaian yang ditetapkan, sijil halal akan terus dikeluarkan.

"Kita memang memberi keutamaan kepada permohonan yang dibuat oleh pengusaha hotel sejak dari dulu lagi sebab kita mahu mereka mempunyai pensijilan halal yang sah," ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurut Saimah, setakat semalam tidak ada permohonan yang menunggu giliran kerana semua permohonan sudah menjalani proses pemeriksaan dan sudah diaudit.

Sumber : Kosmo Online

Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks



 

PETALING JAYA:  Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.
Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi). 

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.
Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.

Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan. 

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."

Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.

"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.

Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.

"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.
Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan. 

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."


Seks Perkataan Popular Di Internet

Tahukah anda perkataan yang paling popular dicari pengguna internet .Sudah tentu perkataan seks.Kalau anda tak percaya carilah dalam keyword tools, berapa ramai  pengguna yang menggunakan keyword tersebut untuk mengakses ke laman web lucah setiap bulan.

Anda bagaimana ? Masih belum terlambat bagi anda yang suka melayari laman web lucah.Hentikan perbuatan yang tidak bermoral ini yang merosakkan iman dan bakal meruntuhkan akhlak generasi masa depan.

22 Jul 2010

Kebaikan Facebook

Anda pernah dengar dan selalu dengar ayat ni..."kau ada FB tak..jangan lupa add aku ye".Hari ni ramai orang Malaysia yang dah teruja dengan facebook.Makan facebook.Tidur Facebook.Ada yang 24 jam dengan Facebook.Biar betul  ? Mari kita kongsikan apa kelebihan facebook.Anda boleh tambah kat ruangan komen di bawah ni.


Kebaikan :
  1. Anda dapat jumpa kawan lama yang dah terpisah bertahun-tahun ,
  2. kawan atau kekasih baru.(Yang belum berkahwin mungkin jumpa jodoh kat FB.Orang lelaki yang dah kahwin tak payah menggatal kalau tak mampu berlaku adil.
  3. Kekasih lama- Bagi yang dah berkahwin tak payah buka cerita lama, yang lepas tak payah dikenang.Sentiasa fikir ke hadapan(Moving Forward).Jodoh kita dengan dia tak ada.Fikirkan masa sekarang dan masa depan.Kalau yang dah 50 an tu ..ingat-ingat la rumah kata pergi,kubur kata mari.Bayangkan fizikal masing-masing dah kecut dan kerepot seribu.
  4. Peluang bisnes( FB jadi tempat promote barang dan servis yang halal-Tapi ada jugak yang promote body ni bisnes haram namanya ni)
  5. Main Free Games Online- Kalau tengah boring boleh jugak main games.
Cukup dulu 5 ...kalau ada lagi anda boleh tambah kat ruangan komen...tapi tolong komen secara beretika. 

3 Jul 2010

Mansuh UPSR dan PMR ?




Sekarang ni orang sibuk bercakap pasal pemansuhan UPSR dan PMR. Pada pendapat aku , kita juga perlu mendapat pandangan daripada semua guru kerana mereka merupakan barisan hadapan dan golongan pelaksana dasar pendidikan di sekolah.Mereka lebih tahu kebaikan dan kekurangannya.Dapatkan pandangan mereka melalui kaji selidik secara bertulis kalau tak mampu mengumpulkan pandangan mereka secara bersemuka.

19 Apr 2010

Lagi Tuan Muda Zul Ariff


Entri aku hari ni ...lagi berita dari Kosmo Online pasal Tuan Muda Zul Ariff

'Tuan Muda' mahu jadi doktor



KERATAN Kosmo! 17 April 2010.




KUALA LUMPUR - Pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' dikatakan kecewa kerana cita-cita untuk menjadi seorang doktor tidak kesampaian apabila tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (gambar) semasa mendedahkan perkara itu bertitah, ini kerana remaja tersebut hanya memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Dia hanya dapat 9A, 1B, (oleh sebab itu) dia tidak dapat biasiswa, dia mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland," cerita baginda.
Baginda yang juga isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu bertitah demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail di Muzium Negara di sini semalam.
Tunku Azizah berkata, kekecewaan remaja tersebut akibat gagal memperoleh 10A dalam SPM itu dimaklumkan oleh seorang guru yang pernah mengajar remaja tersebut.
Baginda turut mendedahkan motif remaja dengan nama sebenarnya, Zul Ariff Abdullah yang begitu berani bertindak menyamar sebagai Tuan Muda Pahang.



18 Apr 2010

Pakej Video Lucah

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
am@hmetro.com.my
2010/04/18

KUALA LUMPUR: Beli telefon bimbit buatan China, dapat pakej video lucah tempatan. Itu trend terbaru segelintir peniaga telefon bimbit tamak yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka.
Pendedahan itu antara penemuan sekumpulan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (Landas) yang melakukan siasatan di premis penjualan telefon bimbit di Kedah dan Pulau Pinang.

Pembimbing Landas, Kamaruddin Kassim, berkata hasil siasatan mendapati peniaga telefon bimbit buatan China atau popular dengan panggilan ‘China Mobile’ bersaing antara satu sama lain dan untuk melariskan jualan, mereka turut menawarkan pakej video lucah tempatan sebagai tarikan kepada pelanggan.

“Ada kawalan harga terhadap telefon bimbit jenis ini (telefon bimbit buatan China). Sebagai contoh, telefon model A968 yang mempunyai lambang Sony Vaio, harga paling rendah yang boleh diberi hanya RM300.

“Disebabkan kawalan harga itu, peniaga perlu memikirkan kaedah bagaimana untuk melariskan jualan mereka. Sebab itu ada yang menawarkan pakej telefon berserta video lucah tempatan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Realiti Gejala Sosial Remaja: Memperkasa Tugas Pendakwah pada Program Kursus Perkaderan Pendakwah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Program dirasmikan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, Baharudin Idris.

Menurut Kamaruddin, peniaga telefon bimbit terbabit bagaimanapun tidak menawarkan pakej berkenaan secara melulu, sebaliknya hanya memilih golongan muda yang terpengaruh dengan tawaran terbabit.

“Yang kelihatan tidak berminat, peniaga hanya menawarkan lagu dan nada dering sebagai ganti. Mereka tahu apa dilakukan itu salah di sisi undang-undang.
“Begitupun, hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan pembeli menerima tawaran diberi (pakej video lucah tempatan). Peniaga yang menawarkan video paling banyak, paling menarik dan paling baru menjadi tumpuan pembeli,” katanya
Kamaruddin yang juga Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) berkata, trend berkenaan kini menjadi satu industri kecil dan semakin membimbangkan.

“Tidak keterlaluan dikatakan, penyebaran video lucah di telefon bimbit antara penyumbang kepada masalah pembuangan bayi di kalangan generasi muda kita.

“Berbanding cakera padat video (VCD) atau cakera video digital (DVD), dengan menggunakan telefon bimbit, video lucah yang dimuat turun boleh ditonton secara tersembunyi tidak kira di mana sekalipun tanpa diketahui sesiapa, sekali gus menimbulkan perasaan ingin cuba melakukan seperti yang dilihat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman mendekati pasangan muda mudi yang berdua-duaan, kebanyakan mereka menyimpan video lucah di telefon bimbit.Bukan saja lelaki, wanita juga simpan video lucah di telefon bimbit,” katanya

Microsoft China

Artikel ni aku petik dari Kosmo Online.

Microsoft China bayar gaji RM1.67 sejam


BEBERAPA pekerja kilang Microsoft di China tertidur keletihan akibat tidak cukup rehat.


BEIJING - Sebuah badan bukan kerajaan berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan nasib pekerja kilang firma komputer terkenal dunia, Microsoft di China yang hanya menerima gaji asas permulaan 3.57 yuan (RM1.67) sejam.
Dalam laporannya diterbitkan semalam, National Labour Committee (NLC) yang merupakan organisasi pemantau hak asasi buruh di seluruh dunia berkata, hasil siasatan selama tiga tahun mendapati pekerja di situ juga dikerah bertugas sehingga 15 jam sehari.
Lebih 1,000 pekerja kilang itu yang terletak di Dongguan, bandar raya terbesar di wilayah Guangdong, 87 kilometer dari Hong Kong, dilarang berbual atau mendengar muzik di dalam kawasan kilang dengan suhu 30 darjah Celsius.
Pengarah Eksekutif NLC, Charles Kernaghan berkata, ramai pekerja mengadu tidak selesa bekerja dan terpaksa bertugas lebih masa kerana gaji bulanan mereka cuma 770 yuan (RM360) semata-mata untuk membantu keluarga miskin di kampung.
Jurucakap Microsoft di Washington, ketika mengulas isu itu berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan NLC secara serius dan memberi jaminan, firma itu dengan 93,000 pekerja di lebih 100 negara, prihatin kepada kebajikan mereka. - Agensi

16 Apr 2010

Tuan Muda Zul Ariff


Artikel ni aku petik dari Kosmo Online

Tengku Abdullah sedia ampunkan



Zul Ariff menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' ketika mengadakan lawatan ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cahaya Gemilang, Cherating baru-baru ini.

KUANTAN - Meskipun imej istana sudah tercalar, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) tetap bersedia mengampunkan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pelajar cemerlang yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' jika dia memenuhi tiga syarat.
Titah baginda, syarat tersebut ialah pelajar terbabit perlu memohon maaf, membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan bersetuju mendapatkan rawatan kaunseling dalam tempoh yang ditentukan oleh polis.


Kes Dera Kanak-Kanak


Hampir semua akhbar-akhbar utama tempatan hari ini memaparkan kes kematian terbaru budak akibat di dera secara tidak berperikemanusian semalam. Kisah kematian kanak-kanak akibat didera ini tetap berterusan dan seolah-olah tiada penghujungnya.

Kematian dua kanak-kanak malang, K.Harreswara, 1 tahun serta Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun akibat didera secara sadis pada  Mac dan Februari lalu masih segar di ingatan kita semua rakyat Malaysia.


Namun ianya langsung tidak mencetuskan kesedaran serta keinsafan apabila kejadian sama terus berulang dan kali ini ianya membabitkan kanak-kanak perempuan Lee Swee Hui, yang berusia tiga tahun tersebut dipercayai maut akibat mengalami kecederaan di pukul dengan objek keras.

Mayat kanak-kanak yang tidak berdosa itu didapati mempunyai tidak lebih daripada 30 kesan lebam dan luka dibadan, dahi serta pipi. Menurut doktor lagi, lebam-lebam yang dialami mangsa merupakan kesan kecederaan yang dianggarkan baru seminggu lalu.

Persoalannya sekarang ialah kenapa perkara seperti ini masih berterusan berlaku? Dimanakah silapnya kita sehinggakan kematian kanak-kanak seperti ini masih berlaku?

Pihak yang berwajib lagi berkuasa dinegara ini perlu berusaha keras bagi membanteraskan kekejaman yang seolah-olah tiada noktah akhirnya. Simpati sahaja amat tidak mencukupi untuk kita mengatasi masalah ini. Masyarakat perlu prihatin bagi membantu pihak berkuasa untuk mencegah kekejaman ini.

Amat menyedikan kita apabila segala yang dipaparkan oleh media sebelum ini terhadap kes yang sama berlaku langsung tidak memberi apa-apa pengajaran pun kepada kelompok manusia yang kejam seperti ini.

Sebenarnya mereka yang tidak berperikemanusiaan ini bukan sahaja sudah hilang unsur kemanusiaan ini tetapi secara tidak langsung juga telah hilang sifat kewarasan didalam kehidupannya!

Sebenarnya sikap mereka yang telah hilang sifat kemanusiaan kerana melakukan penderaan dan penyeksaan sehingga membawa maut kepada kanak-kanak ini secara tidak langsung telah meletakkan mereka berada setakuk dibawah haiwan. Haiwan pun tahu menjaga dan menyayangi anak-anaknya, tetapi tidak kepada manusia sebegini rupanya!

Bukan untuk menyalahkan kepada sesiapa tetapi penyakit sosial yang berleluasa seperti ini juga ada hubung kaitnya dengan perubahan gaya kehidupan kita kini. Sebagai contohnya, Keruntuhan rumah tangga yang semakin ketara serta ikatan institusi kekeluargaan yang semakin longgar memungkinkan lagi perkara seperti ini terus berlaku.

Disamping itu, semangat kejiranan juga perlu dieratkan lagi kerana dengan mengamalkan sikap ‘menjaga tepi kain orang’ atau mengambil tahu hal ehwal jiran kita sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada kewujudan lagi kes-kes penderaan yang membawa maut.

Untuk akhirnya, kita tidak mampu untuk menafikan bahawa perubahan arus kehidupan yang semakin mencabar dan moden kini turut menjadikan institusi keluarga juga mengalami kesannya. Sepatutnya ikatan dan kerukunan didalam sesebuah institusi kekeluargaan perlu diperkuatkan dan diperteguhkan lagi agar ianya sentiasa aman dan damai. Justeru itu ianya boleh mengelakkan sebarang kejadian yang seumpama ini daripada berlaku lagi.

13 Apr 2010

Cinta Duitan Lelaki Afrika

Entahlah apa nak jadi dengan segelintir wanita Malaysia.Mungkinkah cinta itu buta.Anda baca isu hangat di Harian Metro hari ini.
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my
2010/04/13
KUALA LUMPUR: Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.
Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu.
Hanya dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.

“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.

“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati.
“Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya.

“Apabila bercinta, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.

Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.
“Setiap kali meminjamkan wang kepada Yousoff, dia berjanji akan memulangkan dua kali ganda wang terbabit. Kadang-kadang saya cuba menipunya untuk tidak memberikan wang, namun belaian Yousoff membuatkan saya cair.

“Dia bijak bermain kata-kata saya jatuh hati hingga tidak sanggup meninggalkannya apatah lagi saya sudah lama kesepian sejak ditinggalkan suami,” katanya.

Azie berkata, kali terakhir dia meminjamkan wang RM26,000 kepada Yousoff yang mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu.

“Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong. Pada mulanya saya tidak mahu berprasangka buruk, namun akhirnya terpaksa akur yang saya diperdayakan.

“Wang simpanan lebih RM80,000 habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany yang ditemui mengesahkan laporan itu dan sedang menjejaki suspek.

“Siasatan awal mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu mendapati suspek menggunakan beberapa identiti dan kami sedang bekerjasama dengan kedutaan terbabit bagi menjejakinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber : MyMetro

Pengikut