Halaman

18 Apr 2010

Pakej Video Lucah

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
am@hmetro.com.my
2010/04/18

KUALA LUMPUR: Beli telefon bimbit buatan China, dapat pakej video lucah tempatan. Itu trend terbaru segelintir peniaga telefon bimbit tamak yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka.
Pendedahan itu antara penemuan sekumpulan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (Landas) yang melakukan siasatan di premis penjualan telefon bimbit di Kedah dan Pulau Pinang.

Pembimbing Landas, Kamaruddin Kassim, berkata hasil siasatan mendapati peniaga telefon bimbit buatan China atau popular dengan panggilan ‘China Mobile’ bersaing antara satu sama lain dan untuk melariskan jualan, mereka turut menawarkan pakej video lucah tempatan sebagai tarikan kepada pelanggan.

“Ada kawalan harga terhadap telefon bimbit jenis ini (telefon bimbit buatan China). Sebagai contoh, telefon model A968 yang mempunyai lambang Sony Vaio, harga paling rendah yang boleh diberi hanya RM300.

“Disebabkan kawalan harga itu, peniaga perlu memikirkan kaedah bagaimana untuk melariskan jualan mereka. Sebab itu ada yang menawarkan pakej telefon berserta video lucah tempatan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Realiti Gejala Sosial Remaja: Memperkasa Tugas Pendakwah pada Program Kursus Perkaderan Pendakwah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Program dirasmikan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi, Baharudin Idris.

Menurut Kamaruddin, peniaga telefon bimbit terbabit bagaimanapun tidak menawarkan pakej berkenaan secara melulu, sebaliknya hanya memilih golongan muda yang terpengaruh dengan tawaran terbabit.

“Yang kelihatan tidak berminat, peniaga hanya menawarkan lagu dan nada dering sebagai ganti. Mereka tahu apa dilakukan itu salah di sisi undang-undang.
“Begitupun, hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan pembeli menerima tawaran diberi (pakej video lucah tempatan). Peniaga yang menawarkan video paling banyak, paling menarik dan paling baru menjadi tumpuan pembeli,” katanya
Kamaruddin yang juga Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) berkata, trend berkenaan kini menjadi satu industri kecil dan semakin membimbangkan.

“Tidak keterlaluan dikatakan, penyebaran video lucah di telefon bimbit antara penyumbang kepada masalah pembuangan bayi di kalangan generasi muda kita.

“Berbanding cakera padat video (VCD) atau cakera video digital (DVD), dengan menggunakan telefon bimbit, video lucah yang dimuat turun boleh ditonton secara tersembunyi tidak kira di mana sekalipun tanpa diketahui sesiapa, sekali gus menimbulkan perasaan ingin cuba melakukan seperti yang dilihat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman mendekati pasangan muda mudi yang berdua-duaan, kebanyakan mereka menyimpan video lucah di telefon bimbit.Bukan saja lelaki, wanita juga simpan video lucah di telefon bimbit,” katanya

Tiada ulasan:

Pengikut