Halaman

22 Nov 2009

Penyakit Taun

Apa itu penyakit taun atau kolera ?
 Ia merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.


Apakah punca penyakit taun ?
Ia berpunca daripada kuman taun yang tersebar  melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .

Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.


1 ulasan:

Mr. Cuz berkata...

info yang menarik..tapi ape kaitan dgn trailer 2012 tu bro??hehe

Pengikut