Halaman

14 Dis 2009

Tips Mandi Laut


Salam Takziah buat keluarga Allayarham Cikgu Elias dan menantunya yang mati lemas semasa mandi laut di Pantai Rantau Abang Dungun pada 13 Disember 2009.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua.Sesungguhnya ajal maut adalah dalam pengetahuan-NYA di mana pun kita berada.Sampai saatnya pasti kita kembali menghadapNya.Untuk pengetahuan anda semua musim tengkujuh di Terengganu masih belum tamat.Ketika ini keadaan laut kadang-kala bergelora.Sekiranya anda ingin mandi-manda , waktu ini kurang sesuai kerana kedatangan ombak besar tidak boleh dijangka.Walaupun cuaca kelihatan cerah namun ombak besar mungkin sedang menghala ke arah kita.Oleh itu sentiasalah beringat ketika mandi di Laut China Selatan.

Tips mengunjungi Pantai Negeri Terengganu pada Musim Tengkujuh.

1. Dilarang mandi ketika musim tengkujuh ( Penghujung Oktober hingga Disember Setiap Tahun)

2. Patuhi papan tanda amaran dilarang mandi yang diletakkan oleh pihak berkuasa pada musim tengkujuh.
   (Biasanya bendera berwarna merah akan dipacakkan di tepi pantai yang selalu dikunjungi orang awam).
3. Dapatkan nasihat daripada pengurus atau kakitangan hotel dan chalet tempat anda menginap sekirany anda ingin mandi di tepi pantai.
4. Dilarang berada terlalu hampir dengan gigi air,dikhuatiri kedatangan ombak besar mampu menghanyutkan anda.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.Terengganu ,Negeri Cantik Budaya Menarik.

1 ulasan:

Ken Wooi berkata...

it's sad to hear about a trip gone wrong..

anyway, thanks for the tips.. =)

kenwooi.com

Pengikut