Sebelum ini pihak polis telah memberitahu penduduk di taman saya agar behati-hati keluar duit dengan jumlah yang banyak di bank dekat Dataran Senawang, terutama ada satu bank tu.
Dah banyak kes, kalau ada orang keluar duit dengan jumlah yang banyak, penjenayah akan ikut orang tersebut. Pelik juga ya, bagaimana penjenayah tadi boleh menghidu siapa yang keluar duit dengan jumlah yang banyak.
Beberapa langkah keselamatan :
1. Sentiasa mohon perlindungan keselamatan daripada Allah. Belajar doa khusus.
2. Parking kereta di tempat laluan orang ramai
3. Masuk kereta terus kunci pintu
4. Keluar kereta sekejap walaupun untuk isi minyak, kunci pintu, untuk mengelak penjenayah masuk menyorok di tempat duduk belakang
5. Pasang cermin pelindung UV yang tahan pecah tingkap pada kereta
6. Elakkan keluar duit tunai yang banyak, gunakan kemudahan bank draf, pemindahan wang dan sebagainya.
7. Pandu terus ke balai polis berhampiran jika mengesyakki apa-apa.
8. Letak beg duit bila memandu di tempat kaki penumpang hadapan, bukan di tempat duduk yang memudahkan penjenayah lihat dan pecah tingkap di trafik light.
9. Simpan no tel balai polis terdekat dalam handphone, jangan dail 999, kerana 999 akan disambung ke pusat, kemudian ke negeri, ke daerah dsbnya, lagi lambat tindakannya.
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari anda ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang...
KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...
PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.
KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama.
KUIH RAYA
Kuih raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kuih jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.
KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak buka FB ,twitter,baca email aje ... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.
Entri aku hari pasal sikap suka bertangguh.Banyak orang memiliki sikap ni termasuk aku.Jadi sebagai renungan dan tindakan untuk berubah daripada sikap buruk ni , jom kita selidik kenapa ramai suka bertangguh.
Tugasan tidak digemari.(Memang pun boring kalau tak kena dengan minat)
Tugasan lebih.(Overloaded..buat diri jadi boring dan feed up)
Jadual Tugasan tidak jelas.( Komunikasi gagal la ni...)
Matlamat Tidak jelas. ( Bos tau nak siap...tapi kenapa tugasan itu penting ..tak diberitahu)
Kecenderungan untuk lebih tumpuan( Sindrom Mr Perfect)
Ketagih untuk mengasak. ( semua benda nak buat...akhirnya satu pun tak jadi)
Takut gagal.( Ni kategori pengecut...)
Takut pada perubahan ( Suka duduk dalam Zon Selesa)
Apa pun yang penting , kita tak boleh melewatkan tugasan , tetapi dalam masa yang sama kita tidak sepatutnya gopoh dalam urusan harian.Sepatutnya kita harus tahu bilakah masa yang terbaik untuk bertindak.
Adakalanya menangguh kerja diperlukan apabila kena strateginya.Misalnya seorang polis yang berhadapan dengan penjenayah yang menawan tebusan biasanya melengah-lengahkan keputusan dan tindakan kerana dia tahu seorang penjenayah semakin hilang kuasa berunding apabila tempoh tuntutannya semakin habis.Ada jurujual yang sengaja melambatkan panggilan balas kepada pelanggannya bagi menunjukkan syarikat itu sibuk dan mempunyai ramai pelanggan.Kadang-kadang dalam perniagaan saham , melengahkan beberapa minit pun dapat memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.Kesimpulannya strategi yang terbaik adalah kunci bagi mendapatkan kejayaan yang lebih baik.Kadangkala berada di hujung tarikh akhir menjadikan kita lebih memebri tumpuan dan fokus dalam sesuatu tugasan.Ingat..jangan lakukan kerana malas tetapi kerana strategi.
Sumber : Sedutan dari Buku 55 petua orang berjaya-Dr Fadillah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof -PTS
Stephanie Winston ,seorang pakar pengurusan mencadangkan supaya kita membezakan antara masa peribadi dan masa umum.Apa tu masa umum ? Ia termasuk apa sahaja aktiviti yang melibatkan orang lain, sama ada sudah dijadualkan atau sesuatu yang sudah dijangka.Manakala aktiviti peribadi pula termasuklah membuat kertas kerja , kaji selidik ,membaca dan lain-lain yang bersifat peribadi.Stephanie mencadangkan supaya anda membuat benteng pemisah antara masa peribadi dan masa umum, kemudian anda perlu meletakkan tanda isyarat menandakan sama ada saudara sedang berada dalam masa peribadi atau masa umum.Dengan cara ini saudara dapat mengelakkan gangguan daripada orang lain ketika sedang menikmati masa peribadi.
Sumber : 55 petua orang berjaya- Dr Fadzillah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof
Tips 1 Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.
Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.
Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.
Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.
Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.
Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.
Tips 7 Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.
Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.
Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.
Salam Takziah buat keluarga Allayarham Cikgu Elias dan menantunya yang mati lemas semasa mandi laut di Pantai Rantau Abang Dungun pada 13 Disember 2009.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua.Sesungguhnya ajal maut adalah dalam pengetahuan-NYA di mana pun kita berada.Sampai saatnya pasti kita kembali menghadapNya.Untuk pengetahuan anda semua musim tengkujuh di Terengganu masih belum tamat.Ketika ini keadaan laut kadang-kala bergelora.Sekiranya anda ingin mandi-manda , waktu ini kurang sesuai kerana kedatangan ombak besar tidak boleh dijangka.Walaupun cuaca kelihatan cerah namun ombak besar mungkin sedang menghala ke arah kita.Oleh itu sentiasalah beringat ketika mandi di Laut China Selatan.
Tips mengunjungi Pantai Negeri Terengganu pada Musim Tengkujuh.
1. Dilarang mandi ketika musim tengkujuh ( Penghujung Oktober hingga Disember Setiap Tahun)
2. Patuhi papan tanda amaran dilarang mandi yang diletakkan oleh pihak berkuasa pada musim tengkujuh.
(Biasanya bendera berwarna merah akan dipacakkan di tepi pantai yang selalu dikunjungi orang awam).
3. Dapatkan nasihat daripada pengurus atau kakitangan hotel dan chalet tempat anda menginap sekirany anda ingin mandi di tepi pantai.
4. Dilarang berada terlalu hampir dengan gigi air,dikhuatiri kedatangan ombak besar mampu menghanyutkan anda.
Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.Terengganu ,Negeri Cantik Budaya Menarik.