Halaman

17 Okt 2010

Tips Elak Kena Samun

Oleh: rozmal

"
Sebelum ini pihak polis telah memberitahu penduduk di taman saya agar behati-hati keluar duit dengan jumlah yang banyak di bank dekat Dataran Senawang, terutama ada satu bank tu.

Dah banyak kes, kalau ada orang keluar duit dengan jumlah yang banyak, penjenayah akan ikut orang tersebut. Pelik juga ya, bagaimana penjenayah tadi boleh menghidu siapa yang keluar duit dengan jumlah yang banyak.


Beberapa langkah keselamatan :

1. Sentiasa mohon perlindungan keselamatan daripada Allah. Belajar doa khusus.

2. Parking kereta di tempat laluan orang ramai

3. Masuk kereta terus kunci pintu

4. Keluar kereta sekejap walaupun untuk isi minyak, kunci pintu, untuk mengelak penjenayah masuk menyorok di tempat duduk belakang

5. Pasang cermin pelindung UV yang tahan pecah tingkap pada kereta

6. Elakkan keluar duit tunai yang banyak, gunakan kemudahan bank draf, pemindahan wang dan sebagainya.

7. Pandu terus ke balai polis berhampiran jika mengesyakki apa-apa.

8. Letak beg duit bila memandu di tempat kaki penumpang hadapan, bukan di tempat duduk yang memudahkan penjenayah lihat dan pecah tingkap di trafik light.

9. Simpan no tel balai polis terdekat dalam handphone, jangan dail 999, kerana 999 akan disambung ke pusat, kemudian ke negeri, ke daerah dsbnya, lagi lambat tindakannya.

Tiada ulasan:

Pengikut