Halaman

8 Mac 2010

Pengurusan Kewangan Berkesan

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit antaranya :
1. Terlalu banyak berhutang.
2. Lambat membayar bil 
3. Tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


Adakah anda merancang untuk…membeli rumah ? membeli kereta ? memulakan keluarga ? pendidikan anak anda ? melancong ?...belanja perubatan? simpanan hari tua?









Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Maklumat lanjut layari laman web Banking Info.com.my

Tiada ulasan:

Pengikut