Halaman

26 Jun 2010

Cari Duit Lagi

Maaflah kalau anda lihat entri ni , anda tak jumpa apa yang anda cari di sini.Tapi apa yang aku nak kongsi di sini ramai yang mudah tertipu dengan pelbagai skim penipuan yang melambak di internet.Jadi hati-hati dengan pelbagai jenis tawaran mendapat wang segera dengan hanya goyang kaki ? ...atau duit masuk ketika anda sedang tidur...ayat-ayat power yang biasa digunakan untuk menjerat anda.Di sini aku nak kongsi info yang aku petik dari blog mari-cariduit.com untuk rujukan dan panduan kita semua agar tidak mudah tertipu dengan pelbagai skim tawaran yang menarik di internet.

Antaranya :

  • Kaji latar belakang mereka, banyak bertanya di forum-forum yang menempatkan ramai Internet Marketer (IM) dari malaysia seperti di www.wangcyber.com, www.carigold.com. Dapatkan review yang secukupnya sebelum bertindak join mana-mana pakej yang terlalu bagus untuk diterima akal.
  • Jangan mudah percaya, jangan ikutkan nafsu, lakukan 'research' yang menyeluruh dari segi penulis, teknik, testimonial pelanggan.
  • "Kawan saya dah join dan dapat banyak bang". Kawan pun boleh jadi lawan sekarang, sekali lagi, lakukan kajian yang menyeluruh tentang program yang ditawarkan. Jika ia hanya berkaitan online, rujuk pakar tentang offer tersebut.
  • Untuk lebih selamat, langsung click button x di browser anda jika dapat offer yang berbunyi "dapatkan RM100 hari-hari dengan hanya goyang kaki"

Tiada ulasan:

Pengikut