Suatu hari aku ke Pejabat PXXX untuk membayar semua bil utiliti yang perlu dibayar setiap bulan.Pelanggan hari itu cukup ramai.Aku menekan butang nombor giliran.Tiket giliran aku menunjukkan angka 70.Aku sudah tahu berapa lama masa yang aku terpaksa ambil untuk berada di situ.Semasa termenung di situ(Amalan yang biasa dalam kalangan masyarakat kita)aku terfikir sesuatu.Kenapa aku tidak membayar semua bil secara online sahaja.Banyak bank yang telah menyediakan kemudahan pembayaran secara online.Antaranya CIMBclick dan Maybank2u dan lain-lain.Sudah tentu aku dapat menjimatkan masa ,minyak dan wang untuk membayar parking dan lain-lain.
1 ulasan:
hihihi.. cam me slalu bayar online. so 2st day gaji tu, bleh clear sume bil..
Catat Ulasan