Halaman

7 Ogo 2010

Hati-hati beli barangan promosi 'Jualan Murah'



BERA 7 Ogos - Orang ramai diingatkan berhati-hati semasa membeli barangan pada promosi 'Jualan Murah' bersempena Aidifitri bagi mengelak daripada ditipu peniaga yang menjual barangan berkenaan pada harga lama dan bukannya pada harga diskaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai yang merasakan mereka ditipu boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa kementerian berhampiran ataupun menghubungi hot line kementerian 1300–888-255.

"Kementerian baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa peniaga atau pekedai yang hendak mengadakan jualan murah perlu mengemukakan semua senarai barang termasuk harga asal dan yang baru bagi membolehkan kelulusan diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera di pekan Kerayong di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga atau pekedai yang melakukan penipuan di bawah Skim Jualan Murah boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi peniaga persendirian, denda RM250,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk syarikat. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Tiada ulasan:

Pengikut