Mari menggunakan akal untuk melahirkan suatu keputusan atau perkara, lu fikir lu bagus ka,lu fikir la, kongsi lifestyle info semasa,politik, famili,tip, kesihatan ,humor, bisnes online.fikir lu.
Memaparkan catatan dengan label Pengguna Bijak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengguna Bijak. Papar semua catatan
27 Nov 2010
7 Ogo 2010
Hati-hati beli barangan promosi 'Jualan Murah'
BERA 7 Ogos - Orang ramai diingatkan berhati-hati semasa membeli barangan pada promosi 'Jualan Murah' bersempena Aidifitri bagi mengelak daripada ditipu peniaga yang menjual barangan berkenaan pada harga lama dan bukannya pada harga diskaun.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai yang merasakan mereka ditipu boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa kementerian berhampiran ataupun menghubungi hot line kementerian 1300–888-255.
"Kementerian baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa peniaga atau pekedai yang hendak mengadakan jualan murah perlu mengemukakan semua senarai barang termasuk harga asal dan yang baru bagi membolehkan kelulusan diberikan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera di pekan Kerayong di sini, hari ini.
Beliau berkata, peniaga atau pekedai yang melakukan penipuan di bawah Skim Jualan Murah boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi peniaga persendirian, denda RM250,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk syarikat. - Bernama
Sumber : Utusan Online
15 Mei 2010
Celik Pengguna
Sumber : Malaysiakini Online
Rakyat negara ini harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Masyarakat harus sedar mengenai hak mereka sebagai pengguna supaya orang lain tidak boleh mengambil kesempatan terhadap kita.
"Jika masyarakat didedahkan dengan ilmu kepenggunaan, pihak yang tidak beretika ini akan berhati-hati. Mereka akan takut kerana kuasa membeli yang ada pada kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.
Muhyiddin berkata, masyarakat termasuk golongan belia perlu memahami peranan mereka sebagai pengguna supaya kehidupan mereka tidak "dinodai".
Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha dalam melindungi kepentingan pengguna, yang sebahagian besarnya merupakan generasi muda di negara ini.
Bagi tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dipinda untuk memperkukuhkan perlindungan kepada pengguna.
Beliau juga berkata, pendedahan tentang kefahaman kepenggunaan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap masyarakat berpendapatan tinggi di bawah Model Baru Ekonomi.
5 Mei 2010
Kad Debit
Anda yang suka shopping secara online..beli barang kat e-bay...beli domain...dan lain-lain patut memiliki kad debit...pada pendapat aku kad debit lebih selamat sikit kalau nak dibandingkan dengan kad kredit...sebab nilai kad debit anda bergantung kepada jumlah wang yang anda masukkan ke dalam akaun kad debit anda.
Langgan:
Catatan (Atom)